Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

THE TOP PENANG Sedia Menyambut Pengunjung Dengan Pengalaman Baru

3 min read

Pulau Pinang : THE TOP PENANG, akan dibuka semula dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung bermula 8 Okt 2021. Taman tema “edutainment” terbesar dan tertinggi di Pulau Pinang ini akan terus  mengekalkan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan mengikut garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.       Diantara langkah keselamatan adalah memastikan semua kakitangan telah divaksin sepenuhnya dan pemeriksaan suhu wajib akan dilakukan setiap hari untuk memastikan kakitangan yang bertugas dalam kesihatan yang optima. Begitu juga pemeriksaan suhu adalah wajib bagi setiap pengunjung dan menghadkan kemasukan hanya sehingga 50% kapasiti demi keselamatan semua.

Pengarah Operasi THE TOP PENANG, Kevin Lai berkata, “THE TOP PENANG dengan bangga mengumumkan bahawa mulai 8 Oktober 2021, kami akan membuka kembali 5 tarikan iaitu, The Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, The Top Boutique Aquarium, Penang State Galley, dan Durian King of Fruits Gallery. Warga pekerja kami telah berusaha keras untuk mempersiapkan THE TOP PENANG untuk dibuka semula, memastikan kebersihan, kebersihan dan keselamatan sebagai keutamaan. Kami berharap agar semua pengunjung dapat menjaga SOP dan dengan langkah-langkah keselematan ini, semua pengunjung akan merasa selamat ketika di THE TOP PENANG.  Kami mengalu-alukan para pengunjung untuk menikmati pakej baharu Family Fun Day bernilai RM1,054 yang merangkumi Kemasukan Tanpa Had ke SEMUA Tarikan dan Makan Tengahari untuk keluarga 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga istimewa hanya RM400. Ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan atas kepercayaan dan sokongan pengunjung kepada THE TOP PENANG walaupun dalam menghadapi masa yang mencabar.”

Menjamu selera dan menjamu mata dengan pemandangan  tertinggi di Pulau Pinang

Raikan yang tersayang dengan minum petang dan makan malam di Restoran Top View, Level 68, The TOP Penang. Nikmati Hidangan Minum Petang secara santai dengan hanya RM168 untuk 2 orang dan ciptakan kenangan terindah dengan makan malam romantis 8 hidangan yang mewah sambil menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang yang indah ketika matahari terbenam hanya dengan RM228 setiap orang.

Pelbagai seleksi hidangan pembuka selera disediakan seperti Bread Basket dan Truffle Butter Chef’s Amuse Bouche, Pan Seared Maguro Tuna Dilapisi dengan Bijan Hitam dan Putih, Pickle Ginger and Shoyu, Hokkaida Scallop Ceviche with Frisee and Lime dan Fresh Forest Mushroom with Truffle Emulsion. Di ikuti hidangan utama yang disertakan dengan pilihan Grain Fed Beef Tenderloin, New Zealand Rack of Lamb, Atlantic Cod atau Stuffed Chicken Normandy. Akhiri makan malam yang indah dengan Homemade Crepe Suzette dengan Grand Marnier & Vanilla Ice Cream dan secawan kopi atau teh. Jangan berlengah lagi sila hubungi Restoran Top View di 017-289 0877 untuk  tempahan. 

Keselamatan pengunjung adalah keutamaan di THE TOP PENANG 

Sebagai syarat wajib oleh Majlis Keselamatan Negara, para pengunjung perlukan melengkapkan dua dos vaksinasi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum lawatan dan 28 hari bagi vaksinasi dos tunggal. Pengunjung diminta untuk menunjukkan sijil digital di aplikasi MySejahtera dan membuat  pemeriksaan suhu sebelum masuk. Pemakaian topeng muka adalah wajib pada setiap masa, pengunjung diingatkan untuk menjaga jarak sosial dan untuk kerap membersihkan tangan. Notis keselamatan dan SOP dipaparkan di sekitar taman tema sebagai peringatankepada pengunjung untuk mematuhi SOP pada setiap masa.

THE TOP PENANG beroperasi dari 12 tengahari sehingga 8 malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan ditutup pada hari Isnin hingga Khamis (kecuali cuti sekolah dan cuti umum). Rainbow Skywalk dan Restoran TOP View pula dibuka kepada pengunjung pada hari Jumaat hingga Ahad dari 12 tengahari sehingga 10 malam. Taman tema akan sentiasa mematuhi SOP keselamatan dan waktu operasi akan dikaji dari semasa ke semasa mengikut panduan Majlis Keselamatan Negara. 

THE TOP PENANG mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk menikmati pengalaman yang indah dan menyeronokkan di taman tema edutainment dari bangunan tertinggi di Pulau Pinang,!

Dapatkan penjimatan harga tiket sehingga 10% di laman web  https://thetop.com.my/buy-tickets/.

Jumpa anda di THE TOP PENANG!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *