Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

LaLaport Pertama di Asia Tenggara Kini di Kuala Lumpur

1 min read

LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun kini di buka di Kuala Lumpur. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damai dan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.
Pusat itu juga turut menampilkan kepelbagaian jenama dengan nama-nama yang terkemuka di Jepun turut membuat kemunculan sulung di Malaysia.
Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.
Terletak di Bukit Bintang City Centre, dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022 dan dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.
Sebagai tambahan kepada pusat beli-belah itu, Mitsui Fudosan berkerjasama rapat dengan BBCC untuk menubuhkan pembangunan bandar berskala besar dengan fungsi yang pelbagai terdiri daripada pusat beli-belah, kediaman, pangsapuri servis, bangunan pejabat dan hotel, dengan jumlah keluasan tapak kira-kira 78,500 meter persegi (anggaran). Selepas disiapkan, projek BBCC ini bakal menjadi satu-satunya mercu tanda yang mengunjurkan gaya hidup Jepun baharu, membolehkan masyarakat tempatan “mengamalkan gaya hidup, bekerja, bermain dan berkumpul” dengan cara yang lebih mudah.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *