Sun. May 5th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KARNIVAL HAJI UMRAH DAN PELANCONGAN 2024 TAWAR PAKEJ HARGA ISTIMEWA

4 min read

KUALA LUMPUR 15 JANUARI 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 dan mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Karnival yang merupakan anjuran tahun kedua ini akan diadakan bermula daripada 19 hingga 21 Januari 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC),
Sepang bakal menghimpunkan 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim Haji 1445H/2024 di mana syarikat-syarikat ini akan mempromosikan pelbagai pakej menunaikan haji untuk ditawarkan kepada bakal-bakal jemaah haji Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Y. Bhg Dato Sri Syed Salleh Syed Abd Rahman, Pakej Rahmah juga akan diteruskan sepertimana tahun lalu. Harga untuk satu Pakej Rahmah adalah di bawah RM50,000. Tahun lalu harga kos haji untuk muasasah adalah RM30,850. Jika jemaah ingin mengambil pakej dengan PJH, hanya perlu menambah sedikit sahaja lagi. Beliau menyatakan harga yang ditawarkan adalah munasabah dan ini merupakan usaha dan kerjasama daripada PJH sendiri.

Penerbangan pertama pada 5 Mei 2024. Surat tawaran bakal haji akan dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji dalam masa yang terdekat ini dan pendaftaran hendaklah dibuat sekurang kurangnya akhir bulan Syaaban.

Beliau juga memaklumkan bahawa kuota haji tahun ini adalah sebanyak 31,600. Tiada kuota khusus untuk yang hendak pergi haji dengan pakej. Apa yang penting ialah mereka perlu menerima surat panggilan haji daripada pihak Tabung Haji terlebih dahulu sebelum memilih mana mana pakej yang disediakan oleh PJH. Mereka boleh memilih untuk pergi dengan muasasah ataupun dengan pakej. Terpulang kepada bakal bakal haji yang telah ditawarkan surat panggilan menunaikan haji.

Manakala menurut Presiden Bumitra Malaysia pula, iaitu Tuan Haji Harun KC Ahmmu, penganjuran karnival tahun ini membawa kelainan kerana para pempamer akan turut mempromosikan tawaran menarik untuk pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh syarikat masing-masing.

“Bumitra Malaysia amat berterima kasih kepada pihak TH yang menyediakan peluang bagi memperkenalkan syarikat-syarikat PJH untuk berkongsi kepada bakal-bakal haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya tawaran pakej haji swasta yang ditawarkan bagi memberi lebih pilihan serta nilai tambah kepada mereka mengikut kemampuan serta tawaran pelbagai pakej umrah dan pelancongan merentasi serata negara”.

“Kami percaya dengan persediaan yang rapi disamping tempoh pameran yang lebih panjang, pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang lebih luas memuatkan sehingga 140 reruai akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk penganjuran tahun ini. Selain daripada penyertaan kesemua 25 syarikat PJH sebagai pempamer, kami juga berbesar hati dengan sokongan daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority yang turut menyertai karnival ini sebagai pempamer”, ujarnya lagi.

Karnival tahun ini diadakan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat umum kepentingan untuk memilih syarikat pengendali Haji yang menerima lesen PJH. Penganjuran pertama Karnival PH pada tahun 2023 yang lalu telah mencapai sasaran dan menerima kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung. Di atas permintaan dan maklumbalas ramai, karnival ini diteruska pada tahun ini dengan membawakan pelbagai kelainan dan penambahbaikan”.

Dato Seri Syed juga menambah “Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga menjadi salah satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji”, katanya.

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang akan diadakan selama tiga hari in adalah terbuka secara percuma kepada pengunjung dan akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada 19 dan 20 Januari. Manakala, pada 21 Januari pula, karnival akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selain daripada tawaran pakej haji, umrah dan pelancongan, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat para pengunjung antaranya program simulasi haji untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan tawaran hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah.

Untuk rujukan: Berikut Senarai 25 syarikat yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta:

  1. TH Travel & Services Sdn Bhd
  2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
  3. Alif Travel & Tours Sdn Bhd
  4. Amani Travel Sdn Bhd
  5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
  6. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
  7. Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
  8. Citra Travel & Tours Sdn Bhd
  9. C.S. Holidays Sdn Bhd
  10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
  11. Felda Travel Sdn Bhd
  12. Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
  13. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
  14. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
  15. Kawan International Travel sdn Bhd
  16. Kembara Umrah Sdn Bhd
  17. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
  18. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
  19. Rayhar Travels Sdn Bhd
  20. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
  21. TM Tours & Travel Sdn Bhd
  22. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
  23. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd
  24. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
  25. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

Penerbangan pertama: 5 Mei 2024

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *