Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Eksplorasi Harmoni dan Kebudayaan dalam Single Terbaru Margasatwa

2 min read

Margasatwa membuka tirai tahun 2024 dengan Kasa Rubia, single terbaru yang memperkuat identiti bunyi dan muzik khas mereka. Kasa Rubia, sebagai single pertama dari album kedua Margasatwa bertajuk Seribudaya yang mengandungi 11 lagu dijangka akan dirilis pertengahan 2024, menandai perjalanan yang penuh cabaran dalam proses kreatifnya.

Kimal, vokalis Margasatwa, menceritakan bahawa perjalanan mencipta lagu Kasa Rubia ini dipenuhi dengan cabaran. Pada mulanya, lagu ini dipersiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider, penerbit asal album, namun dengan takdir Allah yang lebih menyayangi beliau, Margasatwa mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti dan melanjutkan perjalanan merakam album baharu.

“Sepanjang perjalanan mencipta lagu ini, kami mengalami kehilangan orang yang sangat kami sayangi. Oleh itu, seluruh jiwa, raga, dan air mata kami turut serta dalam Kasa Rubia. Semoga lagu ini dapat menghanyutkan hati semua peminat kami dan seluruh dunia,” ungkap Kimal.

Menggabungkan elemen muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock, karya ini menjadi unik dan dinamis dengan bantuan penerbit Margasatwa dan Loque. Saxophone dan Perkusi memberikan nuansa segar pada muzik mereka. Liriknya menarik dengan menyentuh keunikan tradisi Peranakan, seperti Kebaya Nyonya, memberikan kepelbagaian yang menyegarkan dalam landskap muzik Melayu kontemporari.

Apabila ditanya tentang makna lagu, Kimal memilih agar pendengar menafsirkannya sendiri, namun dia menekankan tema umum mengenai cinta dan harmoni. Dia menegaskan bahawa kehidupan dan muzik memiliki persamaan, keduanya memerlukan harmoni.

Kasa Rubia, yang ternyata merujuk kepada kain Kebaya Nyonya, menjadi simbolik dalam lagu tersebut. Seperti kain yang tembus, lagu ini mengajak pendengar melihat melampaui permukaan kehidupan dan menemui keindahan yang tersembunyi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *