Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PENTAS MAHABAN EPISOD AKHIR – 4 Kumpulan Bertarung Untuk Bergelar Juara!

2 min read

Tv AlHijrah sebuah siaran tv yang banyak mengelolakan rancangan realiti tv islamik sekali lagi membawakan rancangan siaran langsung yang penuh emosi spiritual di pentas marhaban yang mempertandingkan kumpulan marhaban dari seluruh Malaysia. Dikelolakan oleh dua hos yang ceria iaitu Syamsul Ghau Ghau dan Fahmi Zainal.

Perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Marhaban adalah syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian/berendoi, cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam. Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid AdDiba’l, Maulid Al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Pertandingan Pentas Marhaban siaran TV AlHijrah berkonsepkan kalah mati. 12 kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi setiap episod iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Hanya dua kumpulan akan bertanding pada setiap minggu bermula 18 November 2023, selama 8 minggu siaran. Markah kumpulan tertinggi pada setiap minggu akan menentukan 2 kumpulan terbaik yang akan mara ke pentas akhir. Lingkungan umur peserta Marhaban adalah daripada semuda umur 9 tahun hingga 80 tahun. Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo, dan harmoni. Penjurian pula diadili oleh juri tetap dan juri jemputan. Program realiti ini diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan. Penasihat Ustaz Husaini Mahmur manakala Ashrudy Borhan merupakan Penerbit Eksekutif rancangan ini. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk pembuat persembahan.

Terdapat empat kumpulan peserta di Episod 8 yang merupakan episod akhir iaitu; Raudhatul Ashwaq, Al-Magari’, Al-Muhtadin dqn Qalbun Hadi. Tema pentas kali ini ialah Marhaban & Rawi, Penceritaan dan Qasidah.

Berikut rawi untuk setiap kumpulan;

1. Raudhatul Ashwaq: Rawi 12

2. Al-Muhtadin: Rawi 14

3. Qalbun Hadi: Rawi 16

4. Al-Magari’: Rawi 18

Kelainan persembahan kali ini adalah lebih banyak playback dan gimik. Antaranya hadiah hadiah Mingguan sebanyak RM 2,500 diberikan, Hadiah Tempat Pertama sebanyak RM 50,000 Hadiah tempat kedua RM 25,000 dan Hadiah Saguhati RM6,000.

Kumpulan Al-Maqari dinobatkan sebagai Juara program Pentas Marhaban musim pertama terbitan TV AlHijrah. Kumpulan yang terdiri daripada para qari al-Quran itu membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Manakala kumpulan Qalbun Hadi meraih tempat Naib Johan dengan membawa pulang wang tunai RM25,00. Kumpulan Al-Muhtadin mendapat tempat ketiga manakala tempat keempat adalah Raudhatul Ashwaq, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bukan hanya itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Kumpulan Rabbani & Daqmie. Semoga usaha murni TvAlhijrah dalam mengetengahkan bakat dalam kerja dakwah menerusi rancangan berbentuk islamik seperti ini dapat diteruskan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *