Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

ISPE-18: Pikat Pelancong Melalui Pintu Dunia Saintifik di Malaysia

2 min read

Hampir 37 tahun sejak 1987, penyelidik dan saintis Malaysia mencatat sejarah dengan mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah persidangan bertaraf dunia pertama di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman, pada 23 hingga 28 Jun 2024. Pengiktirafan ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang menjadi penganjur.

Dengan keistimewaan ini, peluang diberikan kepada penyelidik dan saintis tempatan untuk meningkatkan kajian mereka. Selain itu, generasi muda, khususnya pelajar, akan didorong untuk memilih bidang sains melalui aktiviti sokongan menjelang hari penganjuran tersebut.

ISPE-18, atau International Symposium on Polymer Electrolyte, merupakan satu platform berharga yang menyatukan penyelidik, saintis, pendukung, dan pemain industri dari seluruh dunia. Symposium ini menjadi tempat pertukaran pengetahuan, pandangan, penyelidikan, pengalaman, dan inovasi terobosan dalam elektrolit polimer. Malaysia terpilih sebagai hos untuk ISPE-18, dengan tema utama “Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga Dengan Elektrolit Polimer Untuk Aplikasi Penyimpanan Tenaga.”

Dengan menghadirkan hampir 300 penyelidik dan saintis dari pelbagai negara, 100 penyelidik dan saintis tempatan, 1000 pelajar sains, pemain industri tenaga, dan lebih dari 1000 tetamu pelancongan, Malaysia akan merayakan persidangan sejarah ini dengan penuh semangat.

Organisasi ISPE-18 kali ini menumpukan kepada tema “Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga Dengan Elektrolit Polimer Untuk Aplikasi Penyimpanan Tenaga,” yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB. Penganjuran ini mendapat sokongan daripada beberapa Kementerian dan agensi, termasuk Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), serta pemain industri yang terlibat.

Dalam siaran media yang dilakukan, Ketua Pengarah ISPE-18, Prof. Dr. Azizan Ahmad berkata, “kami berharap persidangan ini bukan hanya menjadi sukses dari segi akademik, tetapi juga menjadi pencetus inspirasi bagi generasi masa depan, membimbing mereka ke arah bidang sains yang revolusioner. Ia pun juga berharap semoga ISPE-18 membawa sinar baru kepada Malaysia dalam era penyelidikan dan inovasi global.Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Nano Malaysia, Langkawi Development Authority (LADA), Kerajaan Negeri Kedah dan serta pemain industri yang berkaitan.”

“Harapan kami pula, ISPE-18 akan menjadi platform yang memberi dorongan besar kepada kemajuan ilmiah dan teknologi di Malaysia. Dengan pertukaran pemikiran antara penyelidik global, diharapkan akan tercipta inovasi-inovasi yang mendorong perkembangan bidang elektrolit polimer dan mendukung agenda perubahan iklim,” tambahnya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *