Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

DATUM MUNAJAT Bersama Masyarakat Menuju Kejayaan 2024

2 min read

Pelbagai acara serta aktiviti berskala kecil dan besar telah dianjurkan oleh DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI) untuk Datum Jelatek sepanjang tahun 2023. Seiring dengan slogan “Bridging The Community”, banyak usaha dilakukan bagi merapatkan hubungan antara korporat sektor dan masyarakat setempat. lanya juga adalah menunjang aspirasi Membangun Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan), yang menjadi panduan untuk pembangunan Datum Jelatek disamping memastikan hubungan dengan masyarakat sentiasa utuh.

” Datum Munajat” adalah sebuah acara yang menjadi pembuka lebaran kejayaan baru untuk 2024 bagi Datum Jelatek. Akan ada pelbagai acara untuk seluruh masyarakat berbilang kaum yang akan direncanakan sepanjang tahun. Datum Jelatek adalah sebuah tempat perpaduan yang meraikan kepelbagaian bangsa dan agama. Ini kerana warga Residensi Datum Jelatek adalah terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan warga luar negara yang menetap di Malaysia dan Datum Jelatek Shopping Centre adalah Pusat Beli Belah untuk sema. Menurut kata Pegawai Pemantau Operasi, DatumCorp International Sdn. Bhd, YM Tengku Khairil Azwan Bin YM Tengku Abdul Samad.

Bagi meraikan ambang tahun baru 2024, ‘Datum Munajat’ sebuah acara untuk masyarakat dianjurkan pada 30hb, 31hb Disember 2023 dan 1hb Januari 2024. Pelbagai acara persembahan serta penampilan himpunan figura habih-habib seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Ja’far, Syeikh Muhammad Siddiq, Anas Abu Jaish dan Artis terkenal serta berpengaruh seperti Akhil Hayy, Waheeda, Ramli Sarip, Erma Fatima, Mawi, Oja, Issey, , dan ramai lagi, bakal menjadi tumpuan. New Year Vaganza Datum Idol pula terbuka kepada masyarakat berbilang kaum untuk menyertainya. Sebuah acara perpaduan pada 1hb Januari 2024, bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, yang berbentuk pertandingan nyanyian, serta beberapa acara pentas yang telah disusun atur bagi memeriahkan awal tahun baru 2024 dan hari akhir cuti sekolah.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat, merangkap Penasihat Acara, Puan Hajjah Suzana Zakaria berkata..’ Kelainan acara yang dianjurkan pada kali ini adalah bagi memenuhi aktiviti yang sesai untuk semua lapisan umur dan bangsa. Selain dapat berkumpul seisi keluarga dalam menyertai acara , masyarakat juga boleh membeli belah dengan selesa di Datum Jelatek Shopping Centre “

Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI). iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Ianya telah dirasmikan oleh DYM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Iris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *