Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

7 TEMPAT MENARIK PERLU DILAWATI DI NEGERI SEMBILAN.

3 min read

7 TEMPAT MENARIK PERLU DILAWATI DI NEGERI SEMBILAN.

Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan negeri yang penuh adat. Jika kita datang ke Negeri Sembilan, perkara pertama yang terlintas semestinya adat perpatih, makanan yang menyelerakan. Tapi, adalah anda tau, terdapat jugak banyak tempat yang lebih menarik yang boleh dikunjungi di negeri Sembilan?

 

  1. Balai Cerap Teluk Kemang Port Dickson Negeri Sembilan

Balai Cerap Telok Kemang adalah salah sebuah daripada 8 Balai Cerap di Malaysia. Balai Cerap ini adalah tempat digunakan untuk menjadi rujukan dan juga penyelidikan penting kepada pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan memajukan ilmu astronomi. Selain itu, ia juga menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara bagi merasai pengalaman melihat objek di angkasa dengan mata sendiri melalui teleskop yang disediakan. Teleskop yang ada di Balai Cerap adalah sebuah kubah bersaiz 3meter yang ditempah daripada syarikat ScopeDome, Poland. Ia juga boleh menempatkan lebih kurang 4 orang pengunjung dalam satu masa.

 

  1. Kampung JKIN.

Kampung JKIN Extreme Park terletak di kawasan Bukit Putus Negeri Sembilan. Ia menyedikan pelbagai akviti yang sangat menarik untuk penduduk dan jugak para pelancong yang datang. Pasti ramai yang tak sangka terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan dan salah satunya adalah Kampung Extreme Park. Antara aktiviti yang disediakan di Kampung Jkin antaranya Flying Fox, Hiking, Rock Climbing, Extreme Swing, MTB Funride dan aktiviti air. Selain itu, Kampung Jkin juga menyedikan penginapan kepada pengunjung yang datang ke sini. Antaranya ialah Tree House, Hobbit House, Challet dan Bamboo.

 

  1. Persembahan Colour of Malaysia (Negeri Sembilan)

Colour of Malaysia (Negeri Sembilan) 2019 merupakan satu persembahan yang berintikan Negeri Sembilan. Terdapat banyak persembahan yang dilakukan semestinya bertemakan kebudayaan. Program ini juga adalah acara yang dilakukan secara berkala pada setiap selasa dan sabtu setiap minggu jam 11:00 pagi sehingga 12:00tengahari. Program ini juga menjadi pelan pembangunan strategic pelancongan daerah Seremban 2018-2023. Selain itu, ia juga merupakan salah satu produk pelancongan seni budaya dan boleh menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke negeri Sembilan. Persembahan yang disediakan merupakan persembaha tarian tradisional daripada pelbagai bangsa yang ada di Malaysia.  Ia juga merupakan dut6a kebudayaan negara yang secara langsung mempromosikan dan memelihara seni dan budaya tanah air melalui acara acara di pelbagai peringkat.

 

  1. NS Dairy Farm, Juasseh Negeri Sembilan.

NS Dairy Farm adalah sebuah lading lembu yang sepenuhnya milik bumiputera terletak di kawasan Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kawasan seluas 120 ekar dijadikan ladang, tapak tanaman rumput dan pembinaan kandang-kandang serta bangunan-bangunan lain salah satunya adalah bangunan penginapan. NS Dairy Farm mempunyai lembu yang berkualiti tinggi kerana ianya diexport dari Australia bermula dari September 2019. Seterusnya. Apabila pengeluaran susu meningkat, terdapat beberapa kilang telah didirikan untuk menghasilkan susu segar dan juga susu daripada pelbagai perisa. Selain itu, di sini juga terdapat tarikan lain yang boleh menarik pelancong antaranya ialah Juasseh Agro Park. Di sini terdapat pelbagai aktivit yang dapat dilakukan antaranya mini zoo, archery, Frisbee, monkey walk dan team building.

 

  1. Port Dickson Ostrich Show Farm.

PD Osrich Show Farm adalah sebuah ladang yang menempatkan banyak burung unta untuk dilawati oleh para pengunjung yang datang. Di sini, pengunjung berpeluang untuk melihat burung unta dengan lebih dekat dan pengunjung juga boleh memberi makanan dan mengambil gambar bersama burung unta. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang diadakan bersama dengan burung unta antaranya adalah aktiviti lumba lari bersama burung unta. Balapan telah di sediakan dan pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman berlumba lari bersama burung unta digalakkan meyertai acara ini. Ia sangat menarik dan pengalaman yang luar biasa.

 

  1. Alive 3D art gallery.

Alive 3D Art Gallery bertempat ni Segar City di Port Dickson. Di sini terdapat lebih 50 gambar yang mempunyai efek 3D dan ilusi optikal. 50 jenis gambar 3D telah dibahagikan kepada 5 tema dan setiap tema antaranya ialah zon pengembaraan, zon animasi, zon eksotik, zon akuarium dan zon seni. Selain itu, mereka juga mempunyai VR Games yang akan memberi pelanggan lebih banyak menikmati di Alive 3D Art Gallery. Pada masa yang sama, Galeri Seni 3D juga mempunyai banyak jenis cenderahati seperti percetakan foto.

 

  1. X-treme Park Bandar Sri Sendayan.

Extreme park bandar sri sendayan terletak di Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini antaranya driving range, go cart, ATV, wall climbing dan juga flying fox. Kawasan disini sangat la menarik kerana aktiviti ini boleh tidak perlu dilakukan di dalam kawasan hutan yang penuh dengan lumpur. Para pelancong dan pengunjung yang meinginkan suasana yang selesa untuk bermain aktiviti-aktivit lasak tanpa perlu masuk ke dalam kawasan hutan dan berlumpur, anda disarankan untuk mengunjungi Extreme Park Sendayan.

 

 

 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *