Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tourism Malaysia Lancar Pakej Eko-Pelancongan Negeri Perlis

2 min read

Tourism Malaysia telah melancarkan Pakej Eko-Pelancongan Negeri Perlis sebagai usaha memperkenalkan negeri Perlis sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan di Malaysia dan menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Pelbagai aktiviti yang memberi pengalaman berbeza ditawarkan seperti penerokaan gua, berbasikal, berkayak, menaiki catamaran di tasik, bermandi manda di air terjun, menikmati sarapan di tepi sawah bendang, rock climbing, jungle nightwalk, watching sunrise, stargazing, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Pakej-pakej eko-pelancongan ini juga mengetengahkan pelbagai tarikan pelancongan di Perlis seperti Wan Kelian Viewpoint, Tasik Timah Tasoh, Air Terjun Bukit Ayer, Bukit Keteri, Gua Kelam,

Banjaran Nakawan, Ladang Kenaf, Gua Wang Burma, Gunung Medan, Tasik Melati dan pelbagai lagi tarikan lain yang menarik.

YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, pakej ini merupakan inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti eko-pelancongan yang terdapat di Perlis kepada para pelancong. Ini juga selari dengan sokongan terhadap pelancongan lestari sejajar dengan pengisytiharaan negeri Perlis yang dijadikan Geopark Kebangsaan dengan nama Perlis Geopark baru-baru ini.

“Pelancaran pakej eko-pelancongan ini juga merupakan persediaan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia yang telah menetapkan sasaran ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion,” katanya.

Sebanyak 41 pakej eko-pelancongan Perlis telah dibangunkan oleh lapan (😎 pengusaha pelancongan seperti Unic Astana Holidays Sdn Bhd, Smart Leisure Travels Sdn Bhd, CS Yeap Travel & Tours Sdn Bhd, M.Maha-Izah Transport & Tours Sdn Bhd, MLS Holidays Sdn Bhd, Tanjak Adventure Tour Sdn Bhd, Ad-Deeni Travel & Tours Sdn Bhd dan Megalits Travel Sdn Bhd.

Tempahan pakej dan perjalanan boleh dibuat sehingga 31 Disember 2024 dengan sebahagian pakej mempunyai tempoh sah perjalanan sehingga 31 Mac 2025. Bagi menambahkan lagi tarikan, terdapat pakej yang menawarkan potongan sehingga 10 peratus dari harga asal.

Tourism Malaysia turut menganjurkan program lawatan media ‘Pakat Mai Perlis’ bersama 10 orang media pada 6-8 November bagi meneroka produk pelancongan yang ditawarkan sekitar Perlis.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *