Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

ALLSTAR SPORTS PERKENAL BARISAN PEMAIN ‘BATTLE OF THE REDS’ DAN PIALA KEJOHANAN

2 min read

KUALA LUMPUR :  AllStar Sports Sdn Bhd (AllStar Sports) dengan kerjasama World Football Legends (WFL) dan ACO Media mengumumkan barisan pemain rasmi yang merupakan legenda ikonik dari Manchester Reds dan Liverpool Reds, berserta memperkenalkan piala kejohanan bagi perlawanan yang bakal berlangsung.

Acara tersebut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Serta TYT Ailsa Terry C.M.G, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, dan En. Azman Haji Tambi Chik, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).

En. Azman Fahmi, Pengarah Eksekutif Projek bagi Battle of the Reds, AllStar Sports meluahkan rasa teruja atas pengumuman barisan pemain yang mewakili kedua-dua pasukan tersebut, di mana antaranya merupakan pemain-pemain ikonik yang terkenal dengan aksi mereka menjaringkan gol dan pernah menjuarai Piala Dunia.

“Kehadiran kebanyakan pemain pada hari ini menambahkan lagi keterujaan yang kian terasa menjelang hari perlawanan. Selain itu, para peminat juga tidak bersabar-sabar sementara menunggu untuk menyaksikan pertemuan dua pasukan dan tiket yang laris terjual menunjukkan sambutan hangat terhadap perlawanan ini,” ujar beliau.

Manchester Reds menampilkan Dwight Yorke sebagai pengurus kepada barisan pemain David May, Wes Brown, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin, Danny Webber, Mikael Silvestre, Quinton Fortune, Dimitar Berbatov, Erik Nevland, dan Dion Dublin, serta menjadikan Teddy Sheringham sebagai kapten.

Liverpool Reds pula diterajui oleh David James selaku pengurus kepada barisan pemain yang terdiri daripada Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Riise, Patrik Berger, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Jason McAteer, Florent Sinama, John Durnin, David Thompson, Jermaine Pennant, Djibril Cisse, dan Phil Babb, serta menjadikan Luis Garcia sebagai kapten.

Acara tersebut turut menyaksikan pelancaran tirai bagi Piala Kejohanan yang diperbuatkan secara unggul dan dihasilkan daripada piuter berkualiti. Walau apa jua keputusan perlawanan tersebut, semua peserta akan menerima piring piuter sebagai tanda penghargaan atas semangat kesukanan mereka. Hadiah-hadiah ini bukan sahaja merupakan simbol kemenangan perlawanan, tetapi turut melambangkan kecemerlangan yang menjadi dukungan Manchester Reds dan Liverpool Reds.

Perlawanan ‘Battle of the Reds’ disokongi oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perlawanan pertunjukan ‘Battle of the Reds’ akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024 pada jam 8.45 malam. Tiket-tiket terhad masih boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/event/34323/battle-of-the-reds.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *