Mon. May 6th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Lima Destinasi Percutian yang Sejuk untuk Melarikan Diri dari Cuaca Panas

3 min read

Kuala Lumpur : Rekod suhu yang tinggi di Malaysia sejak belakangan
ini menyebabkan ramai yang merindui percutian ke destinasi yang lebih sejuk. Untuk
membantu warga Malaysia meredakan bahang cuaca panas, platform pelancongan
digital Agoda telah menyenaraikan beberapa destinasi yang sejuk dan nyaman untuk
semua.
Merangkumi kawasan tanah tinggi tempatan yang diselubungi kabus dan persisiran
pantai luar negara dengan bayu laut yang segar, destinasi-destinasi yang sejuk ini
boleh dijadikan tempat berlindung dari bahang cuaca panas pada bulan Mei.
Sapporo, Hokkaido, Jepun (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 18°C)
Ibu kota Hokkaido, Sapporo dikenali dengan taman-tamannya yang indah apabila
musim bunga menjelma. Antara taman-taman yang harus dikunjungi ialah Taman
Odori, Taman Yurigahara dan juga Taman Lereng Bukit Takino Suzuran dengan lereng
bukitnya yang dilitupi dengan bunga-bunga tulip berwarna-warni. Penggemar makanan
pula harus mencuba makanan bermusim di sini seperti rebung yang lembut dan ketam
salji yang enak. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan upacara tradisional Shinto di
Rumah Berhala Hokkaido, menikmati pemandangan yang indah dari Bukit Hitsujigaoka,
dan mencuba coklat putih yang terkenal, Shiroi Koibito.
Jeju, Korea Selatan (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 21°C)
Pada bulan Mei, Korea Selatan menjadi tumpuan pelancong kerana cuacanya yang
sederhana, bunga-bunga yang mekar dan juga hujan yang minimum. Dengan suhu
waktu siang yang mencecah pertengahan 20-an°C, bulan tersebut adalah masa yang
paling sesuai untuk menerokai kawasan luar bandarnya yang indah. Pulau Jeju yang
juga dikenali sebagai ‘Hawaii of Korea’ menjadi tarikan disebabkan landskapnya yang
subur. Antara aktiviti-aktiviti luar yang menarik di sini ialah berbasikal di sepanjang
Laluan Olle Jeju, menggembara Taman Batu Jeju dan menerokai Tiub Lava
Manjanggul. Para pelancong juga boleh menikmati kesegaran bayu laut di Tanjung
Seopjikoji atau menyaksikan keindahan ladang bunga kanola di kawasan bukit.

Cameron Highlands, Malaysia (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 22°C)

Untuk percutian domestik pula, Cameron Highlands yang terletak di kawasan berbukit
yang berkabus merupakan satu destinasi cuaca sejuk yang cukup terkenal di Malaysia.
Antara aktiviti santai yang boleh diakukan di sini adalah berkelah di Taman Flora
Cameron yang dipenuhi bunga-bunga merah jambu, bersiar-siar di Hutan Berlumut
(Mossy Forest), dan menikmati ais krim buatan tangan berperisa lavender di Taman
Lavender. Agoda juga menawarkan pelbagai penginapan ’glamping’ untuk mereka yang
ingin berkhemah sambil menikmati udara pergunungan yang segar.
Sydney, Australia (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 20°C)
Bulan Mei di Australia menandakan peralihan dari musim luruh kepada cuaca ‘musim
sejuk’ yang lebih dingin. Ini mewujudkan suasana yang ideal untuk keluar bersiar-siar
sambil meneroka bandar Sydney, sebuah bandar yang meriah dan penuh dengan
mercu tanda ikonik serta kawasan dermaga yang indah. Nikmati keindahan
pemandangan di Pelabuhan Sydney ketika bersiar-siar, kunjungi Rumah Opera Sydney
yang terkenal, atau bersantai di Pantai Bondi, sambil menikmati bayu laut yang
menyegarkan. Dengan pelbagai pilihan masakan antarabangsa dan pengalaman
budaya yang kaya, Sydney menjanjikan sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan
bagi mereka yang ingin “melarikan diri” dari bahang cuaca panas.
Sapa, Vietnam (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 22°C)
Sapa, Vietnam, yang juga dikenali sebagai ‘bandar awan’ adalah sebuah destinasi yang
menawan sepanjang tahun. Bulan Mei merupakan bulan yang paling ideal untuk
menyaksikan bunga liar yang berwarna-warni dan juga pelbagai festival suku bukit yang
meriah. Dengan adanya sawah padi berteres dan lembah yang subur, Sapa merupakan
salah satu destinasi paling memikat di negara ini. Berjelajah melalui sawah padi
berteres, mempelajari budaya suku bukit seperti Hmong, Dzao dan Tay, dan juga
menikmati kebudayaan yang kaya di rantau ini. Sama ada percutian yang penuh
dengan aktiviti pengembaraan atau bersantai sahaja, Sapa menjanjikan sebuah
pengalaman di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi
yang tidak dapat dilupakan pada bulan Mei.
Selaras dengan misinya untuk membantu orang ramai mengembara dunia dengan lebih
murah, Agoda menyediakan pelbagai tawaran berpatutan untuk hotel, penerbangan,
aktiviti libur dan banyak lagi, yang semuanya boleh ditempah dengan mudah dan lancar
dalam satu platform. Sama ada di Taman Lereng Bukit Takino Suzuran atau Cameron
Highlands, Agoda bersedia untuk menyelaraskan percutian idaman anda dengan
mudah dan menjimatkan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *