Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KEJOHANAN GOLF TOURISM SELANGOR KALI KE-5 DAPAT SAMBUTAN HEBAT

2 min read

Tourism Selangor sekali lagi telah mengadakan Kejohanan Golf Tourism Selangor kali ke-5 bagi tahun 2023. Kejohanan Golf yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Selangor di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya, akan disertai oleh lebih 120 orang pemain yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta rakan-rakan media.

Kejohanan Golf Tourism Selangor kali ke-5 ini merupakan hasil daripada kejayaan kejohanan yang lepas selama 4 tahun berturut-turut di mana Tourism Selangor telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang pemain golf di setiap kejohanan yang telah diadakan, dengan sokongan daripada kelab-kelab golf yang terpilih. Bagi tahun ini, Kelab Golf Seri Selangor di Petaling Jaya yang dilengkapi kemudahan yang baik termasuk padang golf dengan 18 lubang dan dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi, telah terpilih bagi penganjuran Kejohanan Golf Tourism Selangor untuk tahun 2023.

Majlis telah diserikan lagi dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Malaysia Golf Association sebagai rakan strategik serta 18 rakan penaja yang terdiri daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, CIMB Bank, Tenaga Nasional Berhad, Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd, Perbadanan Negeri Selangor Berhad, Rolid Setia Sdn Bhd, Alpha Fertility Centre, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Fraser Valley, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, PKNS FM Intergrated, Crescent Links (M) Sdn Bhd, ReGen Rehab, HyperGear, Etika, Sunway dan Spinalive.

Faroul Mustaffa, Pengurus Jabatan Acara dan Pelancongan Fokus Tourism Selangor, dalam satu kenyataan berkata Negeri Selangor merupakan Negeri yang memiliki padang golf terbanyak di Malaysia dengan jumlah padang golf mencecah sehingga 29 buah, yang telah diketengahkan oleh Tourism Selangor. Acara sukan seperti Kejohanan Golf Tourism Selangor yang telah diadakan semenjak tahun 2019 ini telah membuka peluang untuk memperkukuh hubungan pelbagai pihak samaada kerajaan, swasta atau orang awam.

“Negeri Selangor juga telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi semenjak tahun 2015 dengan sumbangan sebanyak 23.7%. Kejayaan ini adalah hasil daripada pembangunan infrastruktur, lebuhraya dan fasiliti sukan yang baik serta padang-padang golf yang bertaraf antarabangsa”, tambah beliau lagi. Kejohanan  Golf Tourism Selangor kali ke-5 ini mampu meningkatkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa. Dengan pengumuman Tahun Melawat Selangor 2025 baru-baru ini, dijangka segmentasi pelancongan sukan akan lebih dipergiat bagi mengekalkan kedudukan Negeri Selangor sebagai Negeri yang paling ramai dikunjungi oleh pelawat domestik selama 2 tahun berturut-turut yang mencecah sehingga lebih 22 Juta pada tahun 2022.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *