Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Samsung A33 5G Antara Terbaik Dalam Kelasnya

2 min read


Samsung kembali lagi dengan siri Galaxy A terbaru iaitu A33 5G, A53 5G & A73 5G. Ketiga-tiga model ini telah dinaiktaraf untuk memberikan lebih pengalaman kepada pengguna setia Samsung. Saya sendiri sebelum ini menggunakan Samsung Siri A32 5G, tidak pernah mengalami apa-apa masalah dan jangkahayat baterinya masih lagi baik walaupun sudah hampir dua tahun penggunaannya. Kini dengan adanya A33 5G yang baharu, saya boleh menyimpan A32 sebagai antara koleksi telefon pintar jenama Samsung yang pernah saya gunakan seperti Samsung S2 dan S3. Saya ingin kongsikan tujuh sebab kenapa Samsung A33 5G adalah yang terbaik dalam kelasnya :-

Rekabentuk 

Kalau dilihat pada rekabentuk dan kualti A33 5G dan A53 5G, tidak ada banyak beza. Kedua-dua model ini mempunyai pilihan warna yang sama. Saya memilih warna Peach, yang pada pendapat saya kelihatan cukup cantik. Namun A33 5G masih menggunakan rangka plastik dengan kemasan matte jika dibandingkan dengan A53 5G yang menggunakan rangka besi. Namun ia tidak menjejaskan prestasi telefon pintar ini ketika saya menggunakannya. Malah kesan haba juga tidak terasa ketika menggunakan pada masa yang lama.

Prestasi

Samsung Galaxy A## 5G menggunakan chipset Exynos 1280 dan mempunyai kapasiti 8GB RAM, sama seperti Galaxy A53 5G. Ketika bermain permainan video dalam waktu yang lama, prestasi telefon pintar ini tidak terjejas dan suhu telefon ini juga masih dalam kadar stabil. 

Paparan

Samsung Galaxy A33 5G menggunakan paparan 6.4 inci Super AMOLED dengan resolusi 2400×1080 pixels. Namun kadar segar semula hanay 90Hz berbanding 120 Hz untuk A53 dan A73. Jikalau diteliti, bezel bawahnya tidak sama dengan bahagian lain. Namun ia memberikan saya genggaman yang lebih selesa dengan capaian ibu jari saya. Walaubagaimana pun, paparan yang terhasil di skrin adalah cukup memuaskan. 

Kamera

Bahagian adalah paling penting untuk saya. Sebagai seorang yang kerap mengembara untuk urusan kerja, saya memerlukan telefon pintar yang menghasilkan kualiti gambar yang bagus. Setelah dua minggu menggunakan A33 5G ini, saya berpuashati dengan hasil gambar yang dihasilkan. Samsung Galaxy A33 5G didatangkan dengan empat kamera. Namun seperti telefon pintar lain dalam kelasnya, hanya dua kamera sahaja yang berfungsi penuh. Apa yang dapat dibanggakan adalah siri ini kini mempunyai OIS untuk lensa kamera utamanya malah lensa super lebarnya juga menghasilkan gambar yang fantastik!

Perisian

Samsung Galaxy A335G didatangkan sepenuhnya dengan perisian Samsung One UI. Denagn perisian terbaru ini, pengguna boleh menggunakan segalanya teknologi yang ditawarkan di dalam Siri Flagship Samsung. Model ini menggunakan generasi keempat Android dan waranti sistem keselamatan sehingga lima tahun. Ini menjadikan ia adalah telefon bimbit termurah dalam kelasnya yang mempunyai sokongan waranti selama lima tahun. 

Lain-Lain

Samsung A33 5G mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dan boleh bertahan sehingga 11 jam 30 minit. Namun kali ini jika anda membeli siri ini, ia tidak didatangkan dengan pengecas dan screen protector percuma. Selain itu, Samsung Galaxy A33 5G mempunyai slot kad microSD, rating IP67  dan tiada lagi Audio Jack.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *