Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Langkawi Folding Bike Challenge Jadi Tumpuan Pelancong

1 min read

LANGKAWI : Buat julung kalinya lebih 1000 orang peminat aktiviti basikal lipat atau Folding Bike telah berhimpun di Pulau Lagkawi bagi menyertaiLangkawi International Folding Bike (LIFB) 2022 anjuran LTA Event Management. Pelepasan peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Thailand, Indonesia, Singapura, Switzerland dan Great Britain telah di sempurnakan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya di Dataran Cenang Langkawi. LIFB dianjurkan secara festival selama tiga hari dengan pelbagai acara termasuk Fun Ride 30 kilometer (km), Endurance 65km, pameran dan jualan.

Menurut Zainudin Kadir, CEO LTA Event Management , acara ini yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Tourism Malaysia serta agensi kerajaan negeri serta syarikat korporat.
“Lebih 1000 orang peserta telah menyertai acara ini yang melibatkan penyertaan daripada dalam negara dan juga dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan banyak lagi. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa ini membuktikan bahawa aktiviti basikal lipat ini berjaya menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi selepas lebih dua tahun lumpuh akibat pendemik Covid-19,” kata Zainuddin Kadir

Festival tiga hari ini melibatkan aktiviti seperti Fun RIde 30KM , Endurance 65KM, Pameran serta jualan. Hadiah bernilai lebih RM35,000 serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti peserta.

“ Setiap peserta akan mendapat baju jersey eksklusif LIFBC, Pingat LIFBC, Sijil Penyertaan dan goodies bag. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta juga dapat menghayati keindahan destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program ini diadakan seperti di Pantai Cenang dan sekitarnya, “ kata Zainuddin Kadir.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *