Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tarian Tradisional Teramai Cipta Rekod Baru Malaysia Book of Records

3 min read

rpt

KUALA LUMPUR : Seramai 565 orang telah menyertai persembahan tarian tradisional teramai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur hari ini sekali gus mencipta rekod baru di dalam sejarah MALAYSIA BOOK OF RECORDS.

Pengiktirafan bagi mencipta rekod terbaharu dalam sejarah MALAYSIA BOOK OF RECORDS menerusi persembahan tarian tradisional teramai iringi lagu nyanyian Irama Malaysia Noraniza Idris dengan tajuk “Most Participants In A “Irama Malaysia” Performance’ di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Program anjuran Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) bersama Persatuan Tatihseni Malaysia telah diadakan sempena Festival Permainan Malaysia.

Siapa pernah menonton persembahan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris? Setiap kali tonton tak pernah tak meriah. Tidak sah jika elemen segerombolan tidak ada dalam persembahannya. Hari ini sekali lagi dapat menyaksikan sebuah persembahan khas tarian asas tradisional ditarikan oleh lebih 500 peserta pelajar dari seluruh Malaysia dan pelbagai negara terdiri; India Myammar, Camaron, Sudan, Turki, China, Bangladesh, Thailand, Nigeria, Iraq, Nepal, Japan dan South Africa.

Semua peserta ini telah beraksi mengiringi persembahan Noraniza Idris dengan lagu Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu popular Intan Payung dan Dikir Puteri.

Acara ini bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan luar negara yang berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Malaysia .

Acara mencipta rekod ini akan berlangsung selama 7 minit di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bagi mengisi slot penutupan Festival Permainan Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peringkat awal Noraniza merancang untuk mengundang peserta antarabangsa sepenuhnya untuk iringi acara ini tetapi disebabkan semua universiti dan sekolah antarabangsa dalam musim percutian semesta, Noraniza terus adakan perbincangan semula dengan pihak Malaysia Book Of Records untuk mengubah kriteria kelayakan rekod yang masih belum terisi untuk dilaksanakan pada hari ini. Mengambil masa kurang dari 10 hari, 7 sesi bengkel telah disusun secara berperingkat dan akhirnya berkat kerja keras kumpulan sekretariat bertugas dan sokongan penyertaan Kementerian Pendidikan, MAKUM dan sekolah antarabangsa persendirian, telah memudahkan urusan acara ini untuk dilaksanakan dengan jaya dan lancarnya. Noraniza mengucapkan jutaan terima kasih kepada Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor (UPM) yang telah menjadi tuan rumah bermula dari sesi perbincangan awal dan bertindak sebagai pusat latihan utama menggabungkan semua peserta sebelum ke acara utama di Dataran Merdeka Kuala Lumpur demi kelancaran acara ini. Objektif utama acara mencipta rekod ini adalah untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti perbengkelan dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang melibatkan merit peserta pelajar. Usaha ini adalah salah satu inisiatif Noraniza selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Program Mencipta Rekod Terbaharu merangkap pengasas & penggubal modul Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise” menerusi Persatuan Tatihseni Malaysia agar acara seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan lebih serius dan irama Malaysia tidak terus hilang dalam jiwa anak-anak generasi pelapis sebagai keberlangsungan usaha menyemai semangat patriotisme sebagai halwa jatidiri rakyat Malaysia secara tidak langsung.

Bersempena sambutan Hari Malaysia, acara ini telah dilaksanakan dengan sokongan; Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya, Tourism Malaysia, JKKN, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Acara ini turut mendapat penajaan dari SBN Global Network Sdn Bhd. dan Noraniza Idris secara peribadi bagi membiayai kos perlaksanaan. Lagu single baharu Noraniza Idris & Hazama bertajuk ‘Ala Ewa-Ewa’ turut diperdengarkan buat pertama kali pada hari ini. Lagu baharu terbitan bersama Luncai Emas dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. ini bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat. Noraniza mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *