Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KONSERT DOA BUAT ZAMANI UNPLUGGED

2 min read

KUALA LUMPUR- Keadaan fizikal penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim sentiasa mendapat perhatian dan keprihatinan ramai. Malah sakit yang dialaminya iaitu hingga membuatkan tubuh badannya membengkok sering mendapat simpati dan doa terutamanya dari kalangan peminat.

Vokalis kumpulan Slam yang menderita penyakit skoliosis sejak 2015 itu bersyukur, pihak hospital member jaminan peluang untuknya kembali sembuh selepas pembedahan. “Tulang belakang sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi, saya perlu melakukan pembedahan segera,” ujarnya dalam satu temuramah bersama media.

Zamani, 51, dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya pada November ini. Sehubungan dengan itu, pihak Indera Entertainment dengan rendah dirinya telah merancang sebuah konsert yang diberi judul Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 malam.

“Konsert ini dilaksanakan untuk membantu Zamani bagi mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan sehari-harian selepas itu. Kita sedia maklum bahawa selepas pembedahan, beliau akan rehat untuk satu jangka masa yang
panjang dan itu akan memberi efek kepada pendapatannya,” ujar Aalan Ahmad selaku penganjur dari Indra Entertainment Konsert yang dijadualkan dalam durasi 90 hingga ke 120 minit ini dibuat dalam versi unplugged dan akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain.

Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta
penampilan istimewa oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
“Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang agak jarang saya nyanyikan di pentas dan kali ini dalam versi unplugged. Ini juga merupakan konsert solo pertama saya sepanjang bergelar artis,” ujar Zamani.

Tiket-tiket bagi konsert ini akan mula dijual pada xxxx . Tiket-tiket berharga RM238 (Nur Kasih), RM288 (Rindiani), RM388 (Maria Mariana) dan RM 499 (Kurnia – Meet & Greet) di www.mytickets.asia.

zamani

konsert2022

konsertzamani

myticketsasia

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *