Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

TOURISM SELANGOR LANCAR PERTANDINGAN PITCHING BERTEMAKAN PELANCONGAN DAN INDUSTRI KREATIF

2 min read

10 Proposal Projek Bakal Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 100,000.00

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan
rasminya, Tourism Selangor telah melancarkan Pertandingan Pitching Tourism Selangor untuk kali ke-2, edisi 2022 dengan membawa Tema “Pelancongan dan Industri Kreatif” bermula pada 10 Ogos 2022. Tourism Selangor telah menganjurkan
program seumpama ini bermula pada tahun 2021 dengan membawa tema “Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor”.
Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu
kenyataan berkata, “Penganjuran Pertandingan Pitching ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penggiat industri, orang awam, komuniti dan institusi pengajian tinggi untuk mengemukakan idea untuk menyemarakkan semula sektor
pelancongan domestik Selangor. Seiring dengan tema yang dibawakan pada tahun
ini, program ini dapat menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu hub industri
kreatif di Malaysia seterusnya menjadikan industri kreatif sebagai salah satu tarikan
pelancong ke negeri Selangor”.
Pertandingan pitching ini juga membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik untuk menyemarakkan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas kerja atau pitching ini boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan perlu meliputi aspek dan beberapa pecahan kategori seperti berikut:-
a) Warisan (Heritage): Kraftangan, Sambutan & Festival, Pameran, Pelancongan Kebudayaan
b) Seni (Art): Seni Visual, Seni Persembahan
c) Media (Media): Penerbitan Buku, Filem, Podcast
d) Merekabentuk (Design): Grafik, Fesyen, Permainan

Projek ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Individu dan Penyertaan Kumpulan
(tidak melebihi 4 orang). Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pihak Tourism Selangor juga menggalakkan penyertaan terbuka kepada Penggiat Industri Pelancongan, Penggiat Industri Kreatif, Persatuan dan NGO, Universiti dan Kolej, Pemandu Pelancong, Hos Komuniti Selangor dan Pejabat DUN Selangor.
Tempoh untuk penghantaran penyertaan kertas kerja atau proposal adalah bermula
pada 10 Ogos hingga 11 September 2022. Seramai 10 pemenang akan dipilih dan
bakal membawa hadiah merupakan, Sijil Penyertaan dan Geran Projek Bernilai RM
10,000.00 untuk setiap pemenang. Setiap projek yang berjaya perlu dijalankan di
Negeri Selangor sahaja.
Jangan tunggu lagi dan usah lepaskan peluang ini! Untuk informasi lanjut mengenai pertandingan, peraturan dan borang penyertaan, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel . Anda juga boleh menghantar e-mel ke
industrial@tourismselangor.my, atau menghubungi pegawai Tourism Selangor;
Encik Mohd Izzul Izzat di talian 6016-207 6972 atau Cik Ng Yik Thim di talian 6011-
6366 8098. Curahkan idea menarik anda dan sertai pertandingan ini sekarang untuk
merealisasikan impian anda!

https://www.santaichannel.com/

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *