Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KONSERT FAZTIVAL FAZURA 2022 BAKAL MENGGEGAR..

2 min read

KUALA LUMPUR 12 Ogos 2022 – Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan yang akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia, khas untuk para peminat dan penyokong beliau Nur Fazura atau lebih dikenali mesa sebagai Faz rasa bersyukur dan teruja kerana dapat menghimpunkan ramai nama besar untuk konsert in yang yang juga merupakan penyanyi dan kumpulan muzik terkemuka kegemaran beliau.

“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang.” kata Fazura semasa ditemui di majlis sidang media ‘FAZTIVAL FAZURA 2022’ di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Tujuan konsert in diadakan adalah untuk meraikan para peminat Fazura yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya beliau dan juga rangkaian produk jenama Fazura yang diasaskan oleh beliau termasuk hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty, dan rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous.

Konsert ini juga dianjurkan untuk meraikan para stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menunjukkan pencapaian yang terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura. Mereka merupakan nasi dalam menggerakkan program Fazura Rewards, di mana pelbagai barangan eksklusif dapat ditebus menggunakan mata ganjaran yang dikumpul.

“Konsert ini bakal ditunjangi oleh dua penyanyi luar negara yang tidak asing lagi dari Indonesia, Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani berserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi untuk membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura
2022 ini.” jelas beliau.

Selain penyanyi dari Indonesia, konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil juga mengemukakan nama-nama terkemuka tempatan seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Konsert gilang-
gemilang tersebut juga bakal diserikan dengan persembahan dari kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi pada malam Ahad tersebut.

“‘Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki, kerana #miliksemua
sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura.

“Selain dari persembahan hebat dari para artis yang Faz kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert ini kelak, Inshaa-Allah. Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan
sebagai konsert tahunan, Insha-Allah.” tambah Fazura lagi.

Konsert Faztival Fazura 2022 ini diuruskan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147 melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my atau talian hotline WhatsApp di +6 019 9919 055.

fazura

ruffedge

zizikirana

amirmasdi

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *