Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 Bakal Mengubah Cara Kita Berinteraksi dengan Telefon Pintar

7 min read

Samsung mencabar batasan keserba-bolehan telefon pintar dengan peranti boleh lipat generasi keempatnya; menyediakan produktiviti yang dipertingkatkan, keupayaan penyesuaian terunggul dan pengalaman FlexCam yang revolusioner

SEOUL, Korea – 10 Ogos 2022 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini telah mengumumkan ketibaan telefon pintar boleh lipat generasi terbaharu: Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4. Kedua-dua peranti ini menampilkan faktor keterbinaan canggih, pengalaman yang boleh diperibadikan kepada pengguna serta prestasi yang dipertingkatkan. Galaxy Z Series yang kini dalam generasi keempatnya kekal mencabar batasan teknologi terkini untuk menyampaikan cara interaksi baharu yang pasti memberi kesan dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian pengguna.

“Peranti boleh lipat Samsung Galaxy dibina berlandaskan falsafah keterbukaan kami; ia mempergiatkan pelbagai kemungkinan baharu disamping menawarkan penyesuaian secara lengkap, baik di dalam mahupun di luar peranti. Peranti boleh lipat ini yang dicipta dengan kerjasama rakan kongsi bertaraf dunia kami menawarkan pengalaman mudah alih yang tidak terbanding bagi memenuhi keperluan dinamik pengguna kami,” kata Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Berkat keazaman dan kepimpinan industri kami, permintaan dan keperluan untuk peranti boleh lipat kian berkembang. Hakikatnya, kami telah berjaya mengubah kategori ini daripada suatu projek revolusioner menjadi barisan peranti arus perdana yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.”

Hasil dedikasi Samsung terhadap kualiti pertukangan yang unggul, setiap komponen dalam kedua-dua faktor keterbinaan ini telah dianalisis secara menyeluruh untuk mengoptimumkan pengalaman setiap pengguna kepada peranti yang bersesuaian dengan segala keperluan mereka. Galaxy Z Flip4 dibina berdasarkan kejayaan faktor keterbinaan ikonik Samsung, malah menambah lagi fitur utama, termasuk pengalaman kamera yang ditingkatkan, bateri yang lebih besar dan kebolehan personalisasi yang diperluaskan, sambil mengekalkan reka bentuknya yang ultra-kompak. 

Galaxy Z Fold4 juga mempergiatkan pelbagai kemungkinan baharu buat pengguna dengan memberikan pengalaman telefon pintar paling menyeluruh oleh Samsung setakat ini. Ini termasuk reka bentuk boleh-ubah, paparan yang mengasyikkan, kebolehan bermultitugas setanding PC, teknologi kamera canggih dan pemproses mudah alih yang cukup berkuasa.

Galaxy Z Flip4, Jendela Ekspresi Diri Terunggul

Galaxy Z Flip4 telah meningkatkan lagi kebolehan fitur kegemaran pengguna, menjadikannya peranti terbaik untuk mengoptimumkan ekspresi diri pengguna. Reka bentuk clamshell yang padat menawarkan pengalaman unik yang tiada bandingannya dengan mana-mana telefon pintar lain.

Rakam video secara nirtangan ataupun tangkap swafoto berkumpulan besar dari pelbagai sudut dengan melipat buka Galaxy Z Flip4 untuk mengaktifkan FlexCam. Fitur ini juga boleh dinikmati dengan aplikasi kegemaran pengguna. Berkat usahasama Samsung dengan Meta, FlexCam dioptimumkan untuk platform sosial yang paling popular, termasuk Instagram, WhatsApp dan Facebook. Pengguna juga boleh mengambil swafoto berkualiti tinggi secara langsung dari Skrin Muka Depan menerusi kamera utama Galaxy Z Flip4 dengan fitur Quick Shot yang telah dinaik taraf. Pengguna boleh memulakan rakaman video berkualiti tinggi dalam mod Quick Shot dan seterusnya beralih ke mod Flex untuk meneruskan rakaman secara nirtangan tanpa perlu menghentikan video – fitur ini ternyata bersesuaian dengan keperluan pencipta kandungan dan vlogger. Pengguna juga kini boleh menangkap swafoto dalam Mod Potret dan memeriksa hasil rakaman menerusi fungsi pratonton dalam nisbah foto sebenar apabila menggunakan fitur Quick Shot. Kamera terbina telah dinaik tarafkan dengan penderia 65 peratus lebih terang yang dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon® 8+ Gen 1 – ini menjamin hasil foto dan video yang lebih jelas lagi stabil tanpa mengira suasana siang atau malam.

Galaxy Z Flip4 adalah khas untuk gaya hidup nirtangan sepenuhnya – ia mengekalkan prestasi terunggul tanpa perlu membuka telefon. Hanya menerusi Paparan Muka Depan, anda berupaya membuat panggilan, membalas teks, membuka kunci kereta dan juga mengawal widget SmartThings Scene. Galaxy Z Flip4 boleh merakam, menonton dan berhubung dengan lebih lama antara setiap pengecasan berkat bateri berkapasiti 3,700mAh. Dengan fitur Pengecasan Super Pantas yang kini disokong pada Galaxy Z Flip4, peranti boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit supaya pengguna kekal berhubung walaupun di saat keadaan bateri berkuasa rendah.

Dengan engsel yang lebih nipis, sisi yang diluruskan dan gaya tampak yang berkontras antara kaca belakang lutcahaya dengan bingkai logam bergilap, reka bentuk peranti ini adalah yang paling bergaya setakat ini. Pengguna boleh memperibadikan Galaxy Z Flip4 secara sepenuhnya di dalam mahupun di luar, menggunakan Tema Galaxy pada kedua-dua belah Muka Depan dan Skrin Utama untuk melengkapkan penampilan gaya diri dengan fon, ikon dan reka bentuk yang diingini. Pengguna juga boleh menggubah semula Skrin Muka Depan tersendiri menggunakan reka bentuk jam baharu dan latar belakang dalam pelbagai format termasuk imej, GIF dan juga video.

Galaxy Z Fold4, Prestasi Pelbagai Fungsi Terunggul

Galaxy Z Fold4 merupakan telefon pintar paling berkuasa Samsung, hasil kesungguhan kami dengan inovasi dalam Galaxy Series. Galaxy Z Fold4 menggabungkan kepakaran teknologi mudah alih kolektif Samsung untuk menciptakan peranti yang berprestasi tinggi sama ada dalam keadaan buka, tutup atau dalam mod Flex. Tambahan lagi, ia merupakan peranti pertama yang hadir dengan Android 12L, versi khas Android yang dicipta oleh Google untuk menguasakan pengalaman skrin besar, termasuk peranti boleh lipat.

Keupayaan kepelbagai tugas Galaxy Z Fold4 kini lebih mengagumkan dari dahulu. Taskbar serba baharu menyediakan susun atur yang setanding dengan PC anda, menawarkan akses kepada aplikasi kegemaran. Perlaksanaan kepelbagai tugasan juga menjadi lebih intuitif berkat gerak isyarat leret baharu. Tukar aplikasi skrin penuh dengan serta-merta kepada tetingkap timbul ataupun belah skrin anda kepada dua bahagian untuk tugasan pelbagai dengan lebih cekap.

Usahasama Samsung dengan Google dan Microsoft juga telah meningkatkan kebolehan tugasan pelbagai ke taraf yang lebih tinggi. Aplikasi Google, termasuk Chrome dan Gmail kini menyokong ‘drag-and-drop’ yang membolehkan pengguna menyalin dan menampal pautan, foto dan banyak lagi daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan cepat. Dengan Google Meet, pengguna kini boleh berhubung dengan lebih ramai orang sambil menikmati aktiviti maya berkembar, termasuk menonton video di YouTube atau bermain permainan dengan pengguna lain menerusi panggilan video. Suite Office dan Outlook Microsoft berciri penuh pula memanfaatkan paparan boleh lipat; ia akan memapar lebih banyak maklumat pada skrin dan menawarkan cara berinteraksi dengan kandungan lebih pantas. Pengalaman tugasan pelbagai juga dilengkapkan dengan fungsi penuh S Pen; ia membolehkan penghasilan lukisan semasa dalam perjalanan dan pencatatan nota dengan storan yang terbina di dalam sarung Standing Cover dengan Pen.

Galaxy Z Fold4 berupaya merakam foto dan video yang menakjubkan berkat lensa lebar 50MP dan kanta Space Zoom 30x. Pelbagai mod kamera juga disuaikan dengan faktor bentuk unik peranti untuk meningkatkan fleksibiliti rakaman, termasuk peta Zoom lebih besar yang diaktifkan dalam Mod Capture View, Dwi Previu dan Swafoto Kamera Belakang. Pengguna juga boleh merakam imej yang jelas walaupun pada waktu malam berkat saiz piksel yang lebih besar, penderia berkuasa 23 peratus lebih cerah, dan kuasa pemproses yang dipertingkatkan.

Kandungan terpapar dengan lebih cemerlang pada Skrin Utama 7.6 inci yang kini lebih cerah, kadar penyegaran adaptif 120Hz dan Kamera Bawah Paparan (Under Display Camera) tersisip yang menampilkan ciri susunan sub-piksel berserak baharu. Aplikasi media sosial popular seperti Facebook dioptimumkan bagi pengalaman skrin besar ini untuk meyeronokkan lagi tatapan kandungan. Anda juga boleh menggunakan aplikasi perkhidmatan hiburan penstriman kegemaran anda seperti Netflix dan tonton secara nirtangan dengan mod Flex. Untuk aplikasi yang tidak dioptimumkan, pengguna boleh menggunakan Pad Sentuh Mod Flex baharu untuk mengawal peranti tanpa mengganggu kandungan. Fitur ini menawarkan ketepatan semasa menghentikan, memutar kembali dan memainkan video, ataupun mengezum keluar masuk kandungan semasa peranti berada dalam mod Flex.

Permainan video juga lebih berprestasi kuasa Platform Mudah Alih Snapdragon® 8+ Gen 1 dan sambungan 5G yang sangat pantas. Dengan engsel yang lebih nipis, berat yang lebih ringan dan bezel yang lebih sempit, paparan skrin yang lebih luas membolehkan interaksi satu tangan yang lebih mudah semasa menggunakan Skrin Muka Depan.

Samsung juga kekal menerajui inovasi secara revolusioner untuk menyampai keteguhan peranti yang diperlukan oleh pengguna, baik di dalam mahupun di luar peranti. Dengan bingkai dan penutup engsel Armor Aluminium bersama dengan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ eksklusif pada Skrin Muka Depan dan kaca belakang, Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 ialah peranti boleh lipat kami yang paling tahan lasak. Ketahanan panel Skrin Utama juga dipertingkatkan berkat struktur lapisan yang dioptimumkan, mengurangkan kerosakan akibat hentakan luaran. Selain itu, kedua-dua Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 juga dilengkapi dengan kebolehan kalis air IPX8.

Galaxy Buds2 Pro, Reka Bentuk Premium untuk Pengalaman Mendengar Terbaik

Meyertai barisan Galaxy Z Samsung adalah Galaxy Buds2 Pro yang menyediakan pengalaman audio nirwayar paling mengasyikkan – kini hadir dengan reka bentuk padat baharu dan sambungan lancar yang disesuaikan kepada kesemua aspek kehidupan seharian anda. 

Hayati setiap alunan muzik dengan Audio Hi-Fi 24bit yang unggul, berkat julat dinamik tinggi yang menjiwai kandungan yang didengar dengan resolusi sejernih kristal. Lebih lagi, codec (SSC HiFi) baru Samsung membolehkan pemindahan muzik berkualiti tanpa jeda manakala pembesar suara 2 hala sepaksi baharu menjadikan bunyi tersebut lebih kaya dengan butiran halus. Reka bentuk kompak dan ergonomik baharu ini adalah 15 peratus lebih kecil, dengan reka bentuk yang dikhaskan untuk mengelakkan putaran. Reka bentuk ini menjadikannya teman kecergasan yang sempurna. Terima panggilan semasa dalam perjalanan dengan pembatalan hingar aktif (ANC) – memudahkan pendengaran yang lebih jelas, dan menghilangkan bunyi luar. Galaxy Buds2 Pro baharu membolehkan pengguna ke realiti tersendiri tetapi masih kekal berhubung dengan kehidupan mereka.

Dengan hanya satu sentuhan jari, Galaxy Buds2 Pro adalah teman sempurna untuk mereka yang perlu beralih secara lancar; sama ada dari bersiar-siar di luar ke mesyuarat dalam PC ataupun dari permainan pada tablet ke menjawab panggilan telefon. Galaxy Buds2 Pro kini juga menampilkan Auto Switch yang membolehkan peralihan secara mudah sekali, misalnya daripada lagu kegemaran di fon putik anda ke rancangan yang sedang ditonton di kaca TV. Dan jika anda tersalah letak Galaxy Buds2 Pro anda, SmartThings Find membolehkan pencarian dengan cepat dan mudah.

Galaxy for The Planet

Sejak pelancaran Galaxy S22 Series, Samsung telah menyisip penggunaan bahan kitar semula bukan sahaja dalam pembungkusan, tetapi juga dalam pemajuan produk baharu kami. Usaha ini adalah langkah pertama kami dalam inisiatif Galaxy untuk Planet, yang juga merangkum penggunaan plastik kitar semula dan penciptaan bahan baharu dengan kerjasama rakan kongsi kemampanan. Di samping mengusahakan inovasi secara berterusan dalam aktiviti pembuatan mampan, kami turut berbesar hati mengumumkan bahawa lebih daripada 90% bahagian terbina Galaxy Buds2 Pro baharu diperbuat daripada bahan kitar semula. Galaxy Z Series baharu juga menggabungkan plastik damparan lautan ke dalam komponen utama dan pembungkusnya diperbuat 100 peratus daripada kertas kitar semula. Kami juga telah mengurangkan jumlah isipadu pembungkusan sebanyak 58% berbanding model boleh lipat Galaxy generasi pertama. Pengurangan ini setara dengan hampir 10,000 tan pembebasan karbon yang dihasilkan pengangkutan untuk tahun ini.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *