Tue. Jun 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

TOURLIST Mudahkan Urusan Penggiat Pelancongan

2 min read

20 Jun 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing and Enforcement System (TOURLIST) bagi menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) yang telah ditutup bermula 1 Oktober 2022 lalu.

(Sumber: https://www.motac.gov.my/en/media/release/peralihan-sistem-pelesenan-industri-pelancongan-spip- kepada-tourism-licensing-and-enforcement-system-tourlist)

Majlis Pelancaran TOURLIST turut dihadiri oleh Persatuan-persatuan Industri Pelancongan Malaysia seperti Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO), Malaysian Association of Hotels (MAH), Association Of Malaysian Spas (AMSPA),
Malaysian Association Of Wellness & Spa (MAWSPA), Bumiputra Travel And Tour Agents Association Of Malaysia
(BUMITRA), Malaysian Tourist Guides Council (MTGC), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH), Malaysia Association Of Tour & Travel Agent (MATTA), Association of Tourism Training Institutes of Malaysia (ATTIM), Malaysia Scuba Diving Association (MSDA), Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Malaysian Chinese Tourism Association (MCTA), Car Rental Association Of Malaysia (CRAM) dan Malaysia Nature Guides Association (MANAGA).


TOURLIST yang mempunyai sembilan (9) modul aplikasi yang merangkumi lima (5) aplikasi teras dan empat (4) aplikasi sokongan ini bakal memanfaatkan sejumlah 20,000 penggiat industri pelancongan dan boleh dicapai melalui laman sesawang dan aplikasi mobile. Inisiatif projek pembangunan Sistem TOURLIST ini adalah bertepatan dengan landskap industri pelancongan negara yang terus berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital seperti data raya atau big data, busines
intelligent (BI) dan pelbagai inovasi pintar yang lain. Pengurusan data Industri Pelancongan dalam sistem TOURLIST juga dilengkapkan dengan ciri-ciri busines intelligent (BI) melalui perisian RapidMiner.

Antara yang menarik tentang TOURLIST ialah permohonan lesen industri pelancongan boleh dibuat dalam talian secara end-to end, automasi permohonan pendaftaran dan penggredan hotel dan spa, kelulusan automatik permohonan pengecualian pemandu pelancong, pengeluaran lesen secara janaan komputer, pemantauan aduan yang efisyen, pembayaran dalam talian dan banyak lagi. Selain itu, MOTAC telah menjalin kerjasama pintar bersama rakan strategik MOTAC melalui integrasi sistem dan perkongsian data dengan pelbagai Kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Biro Pengaduan Awam, syarikat perbankan dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *