Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KPPLPPM Capai Kata Sepakat Bersama Menteri

2 min read

KUALA LUMPUR : Bagi merungkai segala kegusaran yang telah dilontarkan oleh pihak KPPLPPM baru-baru ini satu perjumpaan khas telah diadakan antara YB Menteri Pelancongan Seni & Budaya dan wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM).

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 20 Jun 2023, KPPLPPM berpandangan kekeliruan yang terjadi berpunca daripada masalah komunikasi dan amat yakin dengan persefahaman serta perbincangan yang lebih kerap melibatkan semua pihak akan mengelakkan insiden seumpama ini berlaku lagi di masa hadapan.

“Hasil perbincangan yang amat harmoni bersama dengan YB Menteri pada hari ini, KPPLPPM bertekad untuk kekal menumpukan aspek-aspek kebajikan kakitangan Tourism Malaysia dan di masa yang sama turut memberikan idea-idea bagi meningkatkan produktivti Pegawai serta kakitangan organisasi ini. KPPLPPM memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan YB Menteri selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang terbuka di dalam mendengar isu-isu yang diketengahkan oleh Kesatuan ini dan selagi mana ianya bertepatan dengan peraturan semasa,” kata Alwi Shakir Abdullah, Presiden KPPLPPM.

Tambahnya lagi KPPLPPM menghormati pandangan YB Menteri bahawa semua pelaksanaan penambah-baikkan perlu memanfaatkan semua pihak meliputi organisasi dan pihak industri secara keseluruhan bagi memastikan industri pelancongan Malaysia kekal berdaya-saing sebagai destinasi pilihan utama percutian bagi para pelancong antarabangsa dan pelaksanaan tersebut akan melalui proses perbincangan bersama.

“Menerusi perbincangan tersebut YB Menteri bersetuju agar sebarang perbincangan perlu melibatkan pihak KPPLPPM selaras prinsip rundingan bersama. Pihak KPPLPPM bersetuju bahawa penambahbaikkan dari segi sistem perkhidmatan perlu dilaksanakan seiring dengan perubahan semasa pasaran dan KPPLPPM bersetuju dengan kenyataan YB Menteri bahawa persekitaran kerja perlu diperbaiki bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif,” katanya lagi.

Menerusi perbincangan tersebut KPPLPPM dan YB Menteri telah mencapai kata sepakat serta bersetuju dengan komitmen bersama antara Kakitangan, Pengurusan dan Pentadbiran perlu dalam menjayakan agenda bagi kelangsungan Industri Pelancongan Negara.

KPPLPPM juga merakamkan ucapan terima kasih di atas perjumpaan ini yang telah berlangsung dengan harmoni dan lancar selaras dengan prinisp Keluarga Malaysia Madani

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *