Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MALAYSIA BAKAL MENJADI HAB UMRAH TERBESAR DI RANTAU ASIA

1 min read

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam perancangan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab umrah yang bertujuan untuk menghimpunkan jemaah seluruh dunia khususnya di rantau Asia.

Sehubungan itu, Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini seterusnya merealisasikannya secepat mungkin.

“Saya bersama pasukan di MOTAC akan mempromosikan program ini ke negara-negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia dan negara- negara serantau untuk menarik mereka melancong ke Malaysia serta memproses visa sebelum mengerjakan umrah,” kata Dato Sri Tiong King Sing.

Manakala Timbalan Menteri saya, YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan pula diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perkara ini. Kaedah pelaksanaan dan perincian berhubung program ini akan diumumkan kelak.

Objektif program ini bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga bertujuan untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia Madani.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *