Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Lokasi Ideal Baru Untuk Raja Sehari Di Datum Jelatek

2 min read

Temu Jelatek Bakal Taja Perkahwinan Anak Didie Alias Berjumlah RM500,000

Temu Jelatek The Event Space bakal menaja majlis resepsi perkahwinan anak kepada artis tanah air Malaysia, Didie Alias berjumlah RM500 ribu yang bakal berlangsung pada 2 September tahun ini dengan jemputan kepada para artis dan media seramai 500 orang yang akan diadakan di sini.

Temu Jelatek The Event Space milik SACC Convec Sdn. Bhd. yang terletak di aras 2 Datum Jelatek Shopping Mall bersetuju untuk menaja persediaan makanan, minuman, dekorasi, keperluan asas dewan dan sistem siar raya sebagai salah satu aktiviti promosi Temu Jelatek sempena Majlis Perasmiannya yang berlangsung pada hari ini dan dirasmikan ole Dato’ Mahmud Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS merangkap Pengerusi SACC Convec Sdn. Bhd.

Kemudahan seperti LRT yang menghubungkan terus ke bangunan Datum Jelatek Shopping Mall ini memberi ilham buat Didie Alias untuk membawa anaknya dan pasangan berarak menaiki LRT dari steen Setawangsa ke stesen Jelatek dan terus ke dewan utama Temu Jelatek untuk acara seterusnya.

“Kemudahan seperti ruang parkir yang banyak melebihi 1000 parkir, dapur yang ‘Up-to-date’ untuk penyediaan makanan bag majlis perkahwinan dan ‘social events’ serta bilik VIP yang terletak berhadapan dengan Temu Jelatek memudahkan pengantin untuk bersiap ataupun untuk para VIP sementara menunggu acara bermula dan ini merupakan antara sebab mengapa saya memilih Temu Jelatek sebagai acara untuk melangsungkan perkahwinan anak saya”, kata Didie Alias.

Nor Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd memaklumkan berita baik untuk bakal pengantin dan pengurus perkahwinan yang hadir, iaitu bagi majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan di Temu Jelatek sehingga 31 Dec 2024, potongan sebanyak 20% diskaun diberikan sekiranya tempahan berserta deposit diberikan bermula 1 Julai 2023 sehingga 31 Dec 2023, manakala potongan harga sebanyak 10% sekiranya tempahan berserta deposit dibuat dari 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Selain itu, pakej terlajak murah yang Temu Jelatek berikan serendah RM39 dengan pakej penuh termasuk dekorasi luar dan dalam, makanan yang dimasak oleh Chef yang berpengalaman, pelamin, rostrum, PA System, red carpet, kek kahwin, meja pendaftaran dan meja doorgifts serta LED TV untuk paparan video dan gambar yang ingin anda kongsikan kepada para tetamu yang hadir, tambah Alina.

Temu bakal melebarkan sayapnya sehingga 10 buah di lokasi yang berbeza Khususnya di Selangor dan dijangkakan Temu bakal berada di Bangi pada tahun 2025 yang dapat memuatkan sehingga 1000 tetamu pada satu-satu masa.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *