Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Galakan Melancong (GAMELAN) Kini Dibuka Untuk Permohonan

1 min read

Kuala Lumpur : Bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dan Tourism Malaysia telah meneruskan pemberian Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Galakan Melancong (GAMELAN) Malaysia. Permohonan GSSP Mdan GAMELAN akan dibuka secara online dalam tempoh dua bulan sahaja bermula 19 Jun 2023 dan boleh dilayari di https://www.tourism.gov.my/ .

Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri. Sejumlah RM25 juta akan digunakan untuk penganjuran program/acara oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri di bawah GSSP sepanjang tahun semasa (2023).

Had maksimum peruntukan bagi Program/Acara Domestik adalah sehingga RM500,000.00 manakala bagi Program/Acara bertaraf Antarabangsa adalah sehingga RM1juta.

Garis Panduan dan Borang Permohonan GSSP 2023 boleh dimuat turun dari Laman Web www.tourism.gov.my

.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *