Fri. May 3rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

TERM 2023 Serlah Keunikan Budaya Rakyat Malaysia

2 min read

KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya pertandingan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERM) telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2023. Acara paling utama adalah pertandingan peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan lebih 600 peserta dari seluruh Malaysia untuk menyertai Pertandingan tarian evolusi etnik rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua
kategori iaitu 10-14 tahun dan 15 tahun ke atas.

Acara ini diadakan selama 2 hari itu telah berjaya menarik penyertaan ramai sekaligus menyerlahkan keunikan budaya rakyat Malaysia.

Menurut Noraniza Idris , Ratu Etnik Negara, program ini dirancang untuk komuniti menerusi pendekatan pertandingan dan persembahan tarian dan nyanyian pelbagai Bahasa kaum etnik di Malaysia.

“Persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum bertajuk ‘Masyhur Malaysia’ dan lagu ‘Malaysia Truly Asia’ menutupi tirai slot persembahan khas yang berdurasi selama 45 minit turut diadakan. Pesembahan tersebut telah dijayakan oleh Artis Budaya Malay World Cultural Paradise (MWCP) Creative Troupe. Pengunjung berpeluang menghayati keunikan seni budaya pelbagai kaum di Malaysia selain mengenali adat resam, penyatuan bangsa menerusi bahasa dan peradaban ini mampu menzahirkan rasa cinta kepada bangsa dan negara,” kata Noraniza Idris.

TERM 2023 berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti pengkarya tempatan dan masyarakat umum kepada modal insan dan semangat patriotisme yang tinggi.
Selain itu TERM 2023 juga dapat membangunkan dan mengembangkan industri muzik Irama Malaysia sebagai salah satu platform khas secara berterusan untuk kekal relevan di hati masyarakat.

Seiring dengan objektif Malaysia Madani, program ini turut menitik beratkan nilai-nilai murni serta keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sekali gus menampilkan identiti rakyat Malaysia berbilang kaum seiring dengan promosi tahun Melawat Malaysia akan datang.

TERM 2023 telah disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, DatumCorp International, MITDA, Santai Travel.


About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *