Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Jalinan Kerjasama ASEAN- JEPUN Diperkukuh

1 min read

KUALA LUMPUR : Festival ASEAN – JEPUN bersempena ‘The 50th Year Of Asean-Japan Friendship & Cooperation’ yang berlangsung pada 16 September 2023, merupakan satu acara penting dalam diplomasi yang mempererat hubungan antara Malaysia dan Jepun. Acara ini adalah sebahagian daripada Festival ASEAN-Jepun yang diadakan di MATIC (Malaysia Tourism Centre) selama empat hari, bermula dari 14 hingga 17 September 2023.

Acara ini bukan sahaja merayakan setengah abad persahabatan yang erat antara Jepun dan negara-negara ASEAN, tetapi juga menyaksikan pelbagai aspek kerjasama yang telah berkembang dengan pesat sepanjang tempoh ini serta menjadi peluang untuk menghargai perjalanan panjang persahabatan, yang telah memberikan manfaat kepada kedua-dua kawasan dalam banyak cara.

Semasa acara yang berprestij ini,beberapa anugerah bagi mengiktiraf sumbangan individu dan pertubuhan dalam memperkukuhkan hubungan ASEAN-Jepun telah disampaikan. Salah satu penghargaan yang diberikan adalah Anugerah Duta Homestay ASEAN yang dianugerahkan kepada perwakilan dari beberapa negara ASEAN, termasuk Indonesia, Kemboja, Thailand, Vietnam, dan Malaysia. Anugerah ini menonjolkan peranan penting homestay dalam mempromosikan pelancongan di rantau ASEAN.

YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) berkata, “Dengan sambutan tahun ke-50 persahabatan antara ASEAN dan Jepun, kami berharap ia akan membawa kejayaan kepada negara-negara ASEAN, membuka pintu kepada lebih banyak peluang kerjasama, dan menghadirkan kebahagiaan kepada kita semua.”

Beliau menekankan betapa pentingnya acara ini dalam merapatkan hubungan diplomatik dan ekonomi di antara negara-negara ASEAN dan Jepun, yang akan membawa manfaat kepada kedua-dua kawasan ini dan melonjakkan hubungan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *