Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tamu Hotel Tawar Pemandangan Terbaik di KL

1 min read

Sebut saja Kampung Baru Kuala Lumpur, rasanya ramai yang sudah tahu dan kenal dengan lokasi ini. Berusia hampir 119 tahun, Kampung Baru merupakan lubuk emas di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Tersergam tinggi di tengah-tengah Kampung Baru, sebuah hotel mesra Muslim bertaraf empat bintang, Tamu Hotel & Suites KL kini menjadi bualan dan sebutan ramai. Berhadapan hotel ini terletaknya Masjid Kampung Baru yang terkenal dan jika anda menginap pada bulan puasa, Bazar Ramadan Kampung Baru yang tersohor betul-betul terletak di depan hotel ini.

Tamu Hotel & Suites KL menawarkan 276 bilik dan suite yang serba moden dengan pemandangan yang menarik. Setiap bilik mempunyai kemudahan membuat teh dan kopi serta dilengkapi wi-fi percuma. Restoran Suasana@27 pula menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat. Paling best di sini, sambil menikmati sajian makanan, jamu mata anda dengan pemandangan indah Kuala Lumpur. Ini adalah kali ketiga saya menjamu selera di Suasana@27 dan rasanya masih kekal sama seperti mana pertama kali saya menjamahnya. Manakala Sky Lounge yang terletak di tingkat 40 menawarkan ruang makan yang lebih peribadi dan ekslusif. Ia cukup sesuai untuk makan malam romantik atau acara-acara keraian istimewa.

Selain makanan yang lazat, kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti kolam renang infiniti, gimnasium, bilik mesyuarat dan dewan besar. Buat tetamu Muslimah, usah risau kerana hotel ini menyediakan kolam renang berasingan untuk tetamu lelaki dan wanita. Jadikan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur sebagai pilihan penginapan anda kerana apa yang ditawarkan di hotel ini cukup berbaloi untuk poket anda!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *