Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Expo Dubai 2020 Bakal Meriah

2 min read

Lima tahun selepas Milan menganjurkan expo yang terakhir, kini tiba masa untuk Dubai pula menganjurkan acara mega yang bakal berlangsung selama enam bulan. Dengan tema Menghubungkan Minda Mencipta Masa Depan, Expo Dubai 2020 akan berlangsung dari 20 Oktober 2020 sehingga 10 April 2021 di Dubai, Emirates Arab Bersatu (UAE). Expo 2020 merupakan Expo Dunia pertama yang mengambil bahagian di Timur Tengah dan Asia Selatan (MEASA) dalam sejarah selama 168 tahun penganjuran Expo Dunia ini. Expo 2020 mengjangkakan akan menerima lebih daripada 190 negara yang akan mengambil bahagian dan 25 juta pelawat dari seluruh dunia. “Expo 2020 akan membawakan hanya yang terbaik dari dalam bidang seperti rekabentuk, inovasi, teknologi dan senibina dari negara yang menyertainya dengan menawarkan 60 acara secara langsung setiap hari. Malah lebih daripada 200 pengalaman gastronomi akan ditawarkan di sini. Pelawat akan dapat menikmati pengalaman sekali untuk seumur hidup hanya di satu tempat,” terang Sumathi Ramanathan, Pengarah Destinasi Pemasaran Expo 2020.

Acara yang akan berlangsung selama enam bulan ini akan diadakan di kawasan seluas 4.38 kilometer per segi. Pelbagai pilihan pavilion yang akan dibina oleh kumpulan senibina terbesar dunia seperti Santiago Calatrava, Foster & Partners, Grimshaw Architects dan banyak lagi. Pelbagai program telah dirangkakan menjanji segalanya seperti festival muzik berskala besar dan konsert oleh artis terkenal sehinggalah persembahan seperti jazz, opera dan banyak lagi. Untuk pelawat korporat dan perniagaan, pelbagai program seperti seminar, workshop, forum dan pelbagai acara turut diadakan. Expo 2020 akan berlangsung selama enam bulan, dibuka tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 1 pagi pada hari biasa dan 10 pagi hingga 2 pagi pada hari minggu. Tiket untuk sehari adalah RM138 seorang dan RM300 seorang untuk tiga hari.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *