Singapore Airlines Tawar Penerbangan Terus ke Dusseldorf
2 min read
Bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini, Singapore Airlines dengan kerjasama Dusseldorf Airport telah mengadakan sesi Exploring Dusseldorf bersama media. Dusseldorf terletak di sepanjang Sungai Rhine yang terkenal di Jerman. Kini dengan adanya Singapore Airlines, anda boleh terbang terus ke Dusseldorf dan menikmati keindahan bandaraya ini. Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan premium yang pasti menjanjikan servis terbaik dan pengalaman penerbangan yang tidak akan dapat anda lupakan.

Majlis media ini diserikan dengan kehadiran Encik David Pinches, Pengurus Besar Singapore Airlines di Malaysia, Katja Heuer, Pengurus Pemasaran Pelancongan Lapangan Terbang Dusseldorf, Ole Friedrich, Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan Dusseldorf, Andrea Schuren-Hinkelmann, Pengurus Pemasaran Pusat Konvensyen Dusseldorf, Nicolas Pevelling, Pengurus Jualan Steigenberger Park Hotel dan Emely Camaggio, Pengurus Jualan Antarabangsa KD-German Rhine Line. Semua yang hadir ketika majlis ini berkongsi tentang tarikan dan keunikan bandaraya Dusseldorf.

Jika anda peminat tegar bolasepak, terdapat beberapa kelab bolasepak terkenal Jerman yang beraksi di Bundesliga seperti Bosussia Dortmund, Schalke 04, Borrusia Mönchengladbach, Bayer Leverkusen dan FC Koln boleh dilawati. Selain itu Lapangan Terbang Dusseldorf juga menyambungkan anda dengan beberapa bandar- bandar lain di Eropah dengan mudah.


Tarikan WAJIB Dilawati di Dusseldorf
Konigsallee
The Enbankment Promenade
Schloss Benrath
Oldtown Dusseldorf
Neue Zollhof and the Gehry Buildings
Kaiserswerth