Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SINAR RAMADAN MERIAH DI TAIWAN

3 min read

Ramadan akan menyusul tidak lama lagi dan ramai umat Islam menanti-nantikan kemunculan bulan mulia ini. Berlapar hampir sehari adalah antara tuntutan ibadah yang perlu dipenuhi sepanjang bulan Ramadan. Walaupun Ramadan pada tahun ini dijangkakan akan diraikan berbeza sedikit kerana penularan COVID-19, umat Islam akan tetap menjalankan ibadah ini dengan hati terbuka. 

Kebiasaanya, Malaysia adalah antara negara yang paling meriah meraikan Ramadan melalui acara keagamaan di masjid dan surau, berbuka puasa dan solat Tarawikh bersama. Tidak lupa juga pelbagai juadah makanan yang disediakan samada di bazar atau restoran dan hotel. Kemeriahan ini turut dirasai bagi yang bukan Islam yang cuba berpuasa dan berbuka puasa bersama. 

Puan Zaharah

Bagaimana pula umat Islam yang meraikan Ramadan di negara bukan Islam seperti Taiwan? Puan Zaharah, wakil dari Chinese Muslim Association (CMA) di Taiwan berkongsi pengalaman beliau dan umat Islam di sana berpuasa. Puan Zaharah merupakan rakyat Taiwan dan memeluk agama Islam sejak tujuh tahun dahulu.  

Persiapan Ramadan 

Saya rasa persiapan untuk bulan Ramadan adalah sama walau di mana jua. Kami di Taiwan akan bangun awal dalam pukul 3 atau 4 pagi untuk menyediakan makanan untuk bersahur. Untuk memberi kekuatan kami berlapar seharian, kami memilih juadah sahur seperti susu, yogurt, telur, roti dan buah kurma. Ada juga yang memilih juadah yang berat sedikit seperti mi atau nasi bersama daging. 

Aktiviti sepanjang Ramadan

Aktiviti yang selalu disediakan adalah majlis sahur dan berbuka puasa, solat Tarawikh, ceramah dan kelas agama. Kebanyakan aktiviti ini disediakan oleh pihak majlis serta CMA. Aktiviti ini bukan sahaja untuk umat Islam, ianya juga terbuka untuk yang bukan Islam jika bersesuaian. Melalui cara ini, mereka dapat memahami agama Islam dengan lebih dekat lagi. Terdapat juga ceramah agama bersama penganut Buddhist, Taoist dan Kristian di mana kami memanggil penceramah agama masing-masing dan berdialog.  

Berbuka puasa bersama

Solat Terawih di Masjid Taiwan

Kami di Taiwan tidak mempunyai bazar Ramadan yang besar seperti di Malaysia. Setiap hari Jumaat tengahari, terdapat pasar kecil di masjid untuk kami membeli makanan halal. Selalunya masjid ada menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan. Setiap malam, masjid menerima seramai 600 – 900 orang dan berbuka puasa bersama. Ada juga yang memilih untuk berbuka puasa di rumah dan restoran bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kami juga mengajak rakan-rakan bukan Islam untuk berbuka bersama. 

Jika di Malaysia terdapat bubur lambuk, di sini kami tiada makanan istimewa yang hanya terdapat dalam bulan Ramadan. Walaubagaimanapun, juadah berbuka kami agak pelbagai dengan masakan Indonesia, India, Pakistan dan Taiwan. Kurma juga agak senang didapati di sini kerana boleh dibeli di hypermarket, kedai buah-buahan dan kedai kepunyaan orang Islam.  

Cabaran dan penerimaan orang Taiwan

Di Taiwan kami berpuasa lebih kurang 15 jam sehari. Antara cabaran yang kami perlu tempuhi adalah bekerja seperti biasa ketika berpuasa. 

Oleh kerana Taiwan mempunyai budaya yang pelbagai, kami agak terbuka untuk meraikan bersama. Saya rasa amat bersyukur kerana penerimaan orang-orang bukan Islam di Taiwan tentang Ramadan amat baik sekali. Kebanyakannya faham kami berpuasa kerana tuntutan agama. Tiada yang menghalang atau mengadu ketidakselesaan mereka. Malahan mereka tertanya-tanya bagaimana umat Islam dapat berkerja dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa sambil berpuasa. Sokongan dari kerajaan Taiwan juga kuat. Setiap tahun mereka akan mengadakan majlis Aidilfitri di pelbagai tempat untuk kami, di mana umat Islam dan bukan Islam dapat meraikan bersama-sama. 

Berpuasa ketika situasi COVID-19

Oleh kerana penularan COVID-19, masjid-masjid di Taiwan telah ditutup, tiada solat berjemaah dan solat harian. Jika keadaan makin serius, pihak masjid dan CMA akan membatalkan majlis berbuka puasa dan solat Tarawikh bersama. Sudah tentu kami sedih tapi dengan izin Allah, kita semua dapat harungi cabaran 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *