Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SARIP : Kami Juga Nak Makan!

2 min read

LANGKAWI WILDLIFE PARK MEMERLUKAN DANA SOKONGAN 

“Kami juga nak makan!”, kata Sarip (seekor raccoon). Jika kita mampu mendengar haiwan bercakap mungkin inilah luahan rasa haiwan-haiwan yang menghuni Langkawi Wildlife Park. Disebabkan penularan pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia sejak 18hb Mac 2020 yang lalu, pihak Langkawi Wildlife Park terpaksa menutup operasi zoo dan menyebabkan keadaan kewangannya agak terjejas. Ini disebabkan sumber pendapatan utama zoo adalah terdiri daripada kutipan bayaran tiket masuk ke zoo semata-mata dan dengan keadaan pendapatan sifar yang sedemikian, pihak zoo sangat terbeban bagi menyediakan keperluan dan kebajikan haiwan-haiwan disini.

Pengurus Taman THLL Nur Hamzani Hamzah berkata, anggaran kos keseluruhan operasi yang perlu diperuntukan bagi menampung lebih 150 spesis haiwan di zoo adalah sebanyak RM8000 sehari atau lebih kurang RM250,000 sebulan.

Antara jenis-jenis makanan yang diperlukan setiap hari adalah seperti ikan, sayur-sayuran segar, buah-buahan, ayam, daging, dedak dan sebagainya.

Walaubagaimanapun sepanjang tempoh PKP yang berlangsung ini pihak zoo terpaksa mengurangkan kuantiti makanan yang disediakan kepada haiwan-haiwan disini kerana pihak zoo sedang mengalami masalah kekurangan dana terutamanya bagi menampung kos makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di zoo berkenaan. Katanya lagi pihak zoo telah mengurangkan sesi pemberian makanan kepada haiwan daripada 2 kali sehari kepada 1 kali sehari sahaja. Namun begitu, pengurangan makanan tersebut tidaklah dilihat dapat memberi kemudaratan kepada kesihatan haiwan di zoo kerana pihak zoo dengan dipantau oleh doktor vaterinar  akan sentiaa memastikan bahawa jumlah pemberian makan tersebut adalah mencukupi mengikut jumlah minima yang bersesuaian untuk setiap individu haiwan tersebut.

Selain itu, pihak zoo juga sentiasa memastikan perintah PKP dilaksanakan di zoo bagi memastikan kesihatan haiwan dan kakitangan terjaga. Misalnya kakitangan akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk masuk bekerja dan setiap individu akan diberikan penutup muka dan sarung tangan bagi digunakan ketika melakukan kerja-kerja di dalam sangkar haiwan. Tambahnya lagi, pihak zoo juga sentiasa menjalankan operasi semburan nyah cemar di setiap sangkar haiwan di zoo bagi mengelakkan sebarang penularan penyakit berjangkit.

Bagi meringankan bebanan yang ditanggung pihak zoo ada menjalankan program pengambilan anak angkat di zoo. Program ini bertujuan untuk pengumpulan dana bagi membantu pihak zoo dari segi menampung kos keperluan dan kebajikan haiwan di sini. Orang awam mahupun NGO bolehlah memberi sedikit sumbangan kepada zoo dengan cara menjadikan haiwan-haiwan di zoo sebagai anak angkat. Sumbangan boleh diberikan bukan sahaja dari segi dana wang, tetapi mereka juga boleh menyalurkan bantuan bahan makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk diberikan kepada haiwan anak angkat tersebut. Sijil elektronik juga akan diberikan kepada para penyumbang sebagai tanda penghargaan pihak zoo.

Segala sumbangan bolehlah dibuat melalui :

Akaun bank : 3102918812 (Public Bank Berhad)

Nama akaun : WILDLIFE PLANET SDN BHD

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program anak angkat boleh lah menghubungi pihak zoo seperti berikut :

Website : www.langkawiwildlifepark.com.my

Facebook : LANGKAWI WILDLIFE PARK

E-mail : sales@langkawiwildlifepark.com.my

Untuk informasi lebih lanjut : ANIE HAMZAH (Pengurus Taman) – 013 482 9946

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *