Tue. Nov 24th, 2020

Santai Travel Channel

Sektor Pelancongan Domestik Sumbang RM103.2 Billion Kepada Negara

2 min read

KUALA LUMPUR : Sektor pelancongan domestik telah merekodkan pencapaian cemerlang apabila buat pertama kalinya pada tahun 2019 perbelanjaan pelancongan domestik melebihi pelancongan inbound. Menurut Laporan Akaun Satelit Pelancongan 2019 daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) menunjukkan bahawa segmen pelancongan domestik pada tahun 2019 telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion.

Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan Seni & Budaya , Laporan Akaun Satelit Pelancongan 2019 yang baharu dikeluarkan oleh DOSM memberikan petanda positif buat sektor pelancongan domestik negara.

“Secara keseluruhan, nilai tambah kasar industri pelancongan telah menyumbang sebanyak RM240.2 bilion atau 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara,” katanya ketika merasmikan Kempen “FUEL PENUH GAYA – MYDEBIT JE DENGAN KAD ATM ANDA!” SEMPENA KEMPEN CUTI-CUTI MALAYSIA.

Kempen ini dilancarkan dengan harapan untuk meningkatkan mobiliti dan mendorong rakyat Malaysia untuk melancong menggunakan jalan raya dan juga merangsang ekonomi tempatan terutamanya penggiat perniagaan pelancongan yang telah terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi kempen ini Tourism Malaysia dengan kerjasama Petron Malaysia dan Payments Network (PayNet) menjayakan kempen Peraduan “Fuel Penuh Gaya MyDebit Je dengan Kad ATM Anda!” dalam usaha untuk mempertingkatkan mobiliti rakyat serta menggalakkan rakyat untuk berbelanja dan melancong dalam negara.


Kempen peraduan akan bermula pada 1 Oktober dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020. Orang ramai layak menyertai peraduan dengan hanya membuat pembelian petrol dengan jumlah RM5 minimum menggunakan kad MyDebit ATM di mana-mana 720 cawangan stesen Petron di dalam negara. 

Petron adalah rangkaian stesen minyak pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna untuk membuat bayaran menggunakan kad MyDebit ATM tanpa dikenakan sebarang cagaran. Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit di stesen minyak akan disekat RM200 dan proses ini boleh mengambil masa sehingga tiga hari.

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.