Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Huawei MatePad Pro Teman Setia Saya

2 min read

Tugas sebagai seorang ketua editor amat mencabar. Selain daripada merancang penerbitan bulanan majalah, seorang editor juga perlu menyelia segala bahan penulisan untuk diterbitkan di dalam majalah. Sebagai editor, saya lebih banyak menghabiskan masa di luar pejabat. Agak mencabar apabila perlu membawa komputer riba ke sana dan ke sini untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Mahu menggunakan telefon pintar namun paparan skrin yang agak kecil dan tidak mempunyai papan kekunci sebenarnya sedikit memberi cabaran.

Namun segala masalah saya dapat diselesaikan setelah saya mempunyai sebuah tablet yang cukup berkuasa. Huawei MatePad Pro kini menjadi teman baik saya. Kini setelah hampir lima bulan saya menggunakan super tablet ini, rutin harian saya menjadi lebih mudah. Tidak lagi saya perlu membawa komputer riba dengan beg galas yang berat. Tablet ini dengan berat hanya 460 gram dengan ketebalan 7.2 mm membuatkan ia mudah dibawa ke mana sahaja. Paparan skrin yang besar (10.8″) memudahkan saya mengolah artikel atau melayari internet. Dengan kapasiti bateri 7250 mAh menjadikan tablet ini berkuasa dan tahan lama penggunaannya tanpa perlu saya mengecas semula.

 Pengalaman yang lampau, agak leceh apabila kena buka dan tutup tab berulang kali untuk melihat beberapa applikasi yang berbeza. Namun kini dengan adanya ciri Multi-Window, semua tugasan dapat saya lakukan dengan lebih mudah dan cekap.  Ciri ini  membolehkan saya membuka dua applikasi secara serentak dan applikasi ini dapat berinteraksi antara satu sama lain. Tidak perlu lagi saya menulis beberapa nota di tablet sambil melihat Whatapps. Mudah bukan!! Bercakap tentang menulis, tablet ini dilengkapi dengan papan kekunci memberikan untuk memudahkan saya melakukan kerja-kerja. Malah jiwa seni kreatif saya boleh diluahkan menggunakan Huawei M-Pencil. Huawei M-Pencil mempunyai 4,096 tahap kepekaan untuk menulis idea. Hujung pen dapat mengesan tekanan yang diberikan pengguna, menghasilkan garis ketebalan yang berbeza-beza. 

Fungsi Floating Window membolehkan pesanan mesej ringkas dapat dibalas kerana ia muncul di atas applikasi aktif. Saya tidak perlu menutup applikasi aktif yang lain semasa melakukan kerja-kerja sederhana. Mata mudah menjadi letih bila terlalu lama menggunakan tablet. Mujurlah Huawei MatePad Pro dilengkapi dengan ciri mod Eye Comfort yang dapat mengurangkan pelepasan cahaya biru pada paparan. Sejak menggunakan Huawei MatePad Pro, ketika bekerja atau membaca di waktu malam tidak lagi menjadi masalah buat saya. 

Dengan adanya Huawei MatePad Pro ini juga, saya dapat menonton rancangan kegemaran saya di Astro melalui skrin lebih besar. Tidak perlu lagi menggunakan telefon pintar dengan saiz skrin yang lebih kecil. Malah tablet ini juga menawarkan pengalaman audio premium daripada Harmon Kardon. Tiada Google Playstore, tiada masalah. Huawei MatePad Pro didatangkan dengan Huawei App Gallery. Pelbagai pilihan applikasi terbaru boleh dimuatturun menggunakan Huawei App Gallery. Saya dapat menonton perlawanan bolasepak secara langsung di luar rumah menggunakan applikasi Astro On The Go yang dimuatturun dari Huawei App Gallery. 

Memang tidak dapat dinafikan, Huawei MatePad Pro telah mengubah cara kerja saya selepas tamatnya tempoh perintah kawalan pergerakan. Ia telah melengkapkan hidup saya! Jadi buat anda di luar sana, kenapa perlu bayar lebih? Dapatkan Huawei MatePad Pro sekarang!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *