Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SANTAI HARI RAYA BERSAMA FREDO FLYBAITS” PENGALAMAN SECARA MAYA

2 min read

Kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian memberi suntikan semangat kepada usaha membina semula industri pelancongan secara kreatif

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian

31 Mei 2020, Kuala Lumpur – Program “Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits” yang merupakan salah satu pakej pengalaman secara maya telah berjaya dianjurkan pada hari ini dan dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan YBhg. Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Negara. 

Pakej pengalaman secara maya ini merupakan salah satu daripada pengalaman-pengalaman secara maya di dalam program “Malaysia Virtual Experience” atau MyVXp yang dibawakan oleh Nexus Produktiviti Pelancongan (Tourism Productivity Nexus -TPN) dan disokong penuh oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation – MPC). MyVXp merupakan inisiatif terkini MPC dan TPN dalam usaha meningkatkan produktiviti aktiviti-aktiviti pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19. 

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan beliau berkata “Program MyVXp merupakan satu produk pelancongan baru yang kreatif dan inovatif dalam usaha menyesuaikan diri dengan norma baharu. Kita hendaklah memanfaatkan sebaikbaiknya platform digital dan teknologi yang ada sebagai satu alternatif dalam merancakkan kembali perniagaan masingmasing bagi menghadapi pandemik ini dan seterusnya memastikan kelangsungan industri pelancongan dan kebudayaan negara dalam menyumbang kepada ekonomi negara.”

Ketika sesi ini, Fredo Flybaits telah mendendangkan lagu-lagu popular beliau seperti “Kenangan Lalu”, “Kasih Berubah” dan “Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta” dan lagu permintaan istimewa “Fly Me to the Moon”. Para hadirin juga telah dapat berinteraksi secara lebih rapat dengan Fredo ketika sesi ini.

Menurut MPC dan TPN, model MyVXp masih lagi dalam di peringkat eksperimen di mana MPC dan TPN masih lagi dalam usaha menambahbaik model program ini dari aspek-aspek perancangan dan pelaksanaannya. MPC dan TPN berharap agar lebih banyak pakej pengalaman dapat dibangunkan di masa hadapan untuk membantu para pemain industri ke arah normal baharu. 

Lebih banyak pakej pengalaman secara maya di bawah program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) di https://www.mymalaysiachoice.com/.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *