Sat. Jul 11th, 2020

Santai Travel Channel

COVID-19: Sumbangan Majalah Santai Untuk Pusat Kuarantin Di Hotel

1 min read

KUALA LUMPUR : Sebagai satu inisiatif memupuk budaya membaca dan melancong dalam kalangan masyarakat khususnya bagi mereka yang ditempatkan di hotel-hotel yang menjadi pusat kuarantin, Santai Travel telah menyumbangkan majalah Santai Travel secara percuma di setiap bilik hotel yang terlibat.

Program  ini adalah sebagai satu usaha untuk mempromosikan destinasi pelancongan dalam dan luar negara sekali gus memupuk budaya membaca dalam kalangan masyakarat.

“Kita berharap dengan program ini kita dapat membantu membina semula industri pelancongan dengan mempromosikan destinasi pelancongan menarik. Mereka yang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di hotel setelah pulang dari luar negara ini tentunya akan merasa bosan tinggal di dalam bilik dalam tempoh yang panjang. Dengan adanya bahan bacaan seperti majalah Santai Travel ini, sekurang-kurangnya ia akan dapat mengisi ruang masa dengan aktiviti membaca dan menambahkan pengetahuan tentang dunia pelancongan,” kata  Azlie Halim, CEO & Pengasas Santai Travel.

Menurutnya lebih 10,000 nashkah majalah dengan nilai RM100 ribu telah diperuntukkan untuk edaran secara percuma di hotel-hotel yang menjadi stesen kuarantin.

Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur merupakan hotel pertama yang menerima sumbangan tersebut.  Majlis penyerahan sumbangan majalah telah diterima oleh Encik Anthony Edwin, Pengurus Komunikasi Korporat Hotel Impiana KLCC bagi pihak hotel tersebut.

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.