Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Ramadan Ya Karim bersama Pullman Kuala Lumpur Bangsar

2 min read

Berbuka puasa citarasa di luar kebiasaan dengan hidangan citarasa Itali dan makanan laut serta Dim Sum. Dua restoran, Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar, Mearcato dan Pearls Cuisine menawarkan makanan istimewa sempena berbuka puasa di sepanjang Ramadan ini dengan puluhan hidangan dan pilihan secara buffet.

Kumpulan Messa yang diketuai oleh Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman bagi program iftar Ramadan ini, adalah pengendali kedua-dua restoran tersebut menjanjikan sajian antara pilihan yang terbaik di Lembah Klang dengan kelainan citarasa.

Dua orang Chef iaitu Chef Benny dan Chef Chong yang berpengalaman luas telah diberikan tanggungjawab di dalam pemilihan makanan sajian citarasa masakan Cina atau Chinese Cuisine dan citarasa Itali dengan menghimpunkan lebih 100 menu bagi kedua-dua sajian sempena berbuka puasa

Ramadan ini.

Kumpulan Messa juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama.

“Kami menjanjikan kualiti dan kebersihan sebagai sajian No. 1 di Lembah Klang, dan pastinya Halal, kerana kami mempunyai konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan keunikan masakan Itali di Restoran Mearcato selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa.

Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa.

Apa yang lebih menarik adalah harga bagi setiap seorang adalah antara yang terendah di Hotel bertaraf 5 bintang dengan potongan harga setiap pembelian 10 orang, pelanggan hanya perlu membayar untuk 10 orang sahaja dengan 3 orang adalah percuma. Tawaran in hanya terdapat di Pullman KL Bangsar.

Buat tempahan tempat duduk sekarang bagi menikmati sajian iftar Ramadan yang mengagumkan dari citarasa di luar kebiasaan!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *