Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Rumah Pahang Sinar Baharu Buat Generasi Kedua Felda

1 min read

oznorWO

Jengka : Inisiatif Kerajaan Pahang untuk mengambil alih projek perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai berjaya menampakkan sinarnya apabila projek itu dapat direalisasikan semula melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) secara usahasama bersama pemaju iaitu Syarikat KMDI Holding Sdn. Bhd.


Terbaharu lebih 120 unit rumah di Jengka 1 Pahang, bakal siap pada penghujung tahun 2023 dan akan diserahkan kepada pembeli yang layak. Projek tersebut telah dijenamakan semula kepada skim perumahan di bawah kerajaan Pahang dengan nama Rumah Pahang.

Pemilihan pembeli-pembeli Rumah Pahang yang layak adalah diuruskan oleh LPHP melalui sistem ePerumahan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Pengarah Urusan KMDI, Datuk Azjuriyahati Azlan berkata, pihaknya akan memastikan kediaman yang dahulunya dikenali sebagai rumah generasi kedua Felda disiapkan mengikut perancangan ditetapkan. Menerusi siri jelajah penerangan sambutan peneroka khususnya generasi muda Felda amat baik.

“Kita yakin KMDI sebagai pemaju mampu menyiapkan rumah mengikut waktu yang ditetapkan. Dengan wujudnya Skim Jaminan Kredit (di bawah Kementerian Kewangan) saya yakin masalah kekangan pembiayaan kepada pembeli akan dapat diatasi.

“Bagaimanapun kita masih mengekalkan syarat hanya mereka yang berpendapatan RM5000 (suami dan isteri) dan ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan untuk memiliki rumah,” katanya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *