Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SARAWAK PIKAT PELANCONG  EROPAH DI ITB BERLIN 2023

4 min read

Berlin, 8 Mac 2023 – Sarawak kembali mempamerkan kehebatannya di ITB Berlin 2023, bermula 7 hingga 9 Mac 2023 dengan menyediakan pavilion tersendiri bagi mengetengahkan serta mengukuhkan jenama Sarawak dalam pasaran Eropah, sebagai destinasi eko-pelancongan yang terkemuka serta destinasi pilihan di rantau ASEAN. 

Dari penyertaannya di ITB Berlin, jenama Sarawak diperkukuhkan lagi di Pasaran Eropah, sebagai destinasi unik, baharu dan eksotik. Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan rakan-rakan dagangnya berjaya meraih 52 potensi bisnes baharu yang bakal direalisasi pada 2023, sebagai langkah berterusan untuk mempromosi Sarawak. STB mengunjurkan potensi bisnes baharu ini bakal menghasilkan pertumbuhan 20% dari segi jualan daripada pasaran Eropah. Jangkaan jumlah jualan daripada ITB Berlin 2023 dianggarkan bernilai RM10.5 juta untuk 2023 dan seterusnya.

Pengunjung ITB Berlin telah menikmati kepelbagaian unik Budaya (Culture) Sarawak, Pengembaraan (Adventure), Alam Semula Jadi (Nature), Makanan (Food) serta festival, bagi membuka peluang serta mewujudkan minat serta persepsi positif terhadap Sarawak. Pavilion ini juga mempamerkan pelbagai aspek komuniti berbilang etnik dan ekosistem semula jadi Sarawak serta kepelbagaian flora dan fauna untuk memastikan “Discovery of Sarawak’’ berterusan.

Salah satu agenda penting bagi Sarawak di ITB Berlin ialah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara STB dan Tischler Reisen AG bagi mewujudkan usahasama dalam meningkatkan visibiliti Sarawak sebagai destinasi pilihan dalam kalangan rakyat Jerman dan sekitar Eropah. Usahasama promosi pemasaran luar talian dan atas talian ini bakal melibatkan kira-kira 600 agensi terbaik di Jerman.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, “Pavilion Sarawak mencerminkan kesungguhan negeri kami untuk memacu pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada Sarawak.” 

Tambah beliau, “Tahun ini, Sarawak menyasarkan kedatangan tiga juta pengunjung memandangkan pelancongan antarabangsa terus pulih daripada pandemik Covid-19.

Ini merupakan satu pencapaian yang optimistik bagi Sarawak, dengan pertumbuhan lebih 800% dari aspek pendapatan pelancongan pada tahun 2022, yang mencatatkan hampir RM4 bilion, berbanding RM500 juta bagi tahun 2021.” 

“Festival memainkan peranan penting kepada industri pelancongan Sarawak untuk terus mengukuhkan imejnya sebagai destinasi budaya. Salah satu festival utama

Sarawak adalah Rainforest World Music Festival (RWMF) yang amat dikenali di peringkat antarabangsa. Festival ini akan berlangsung pada 23 hingga 25 Jun tahun ini. Kami amat prihatin bahawa festival mempunyai ‘carbon footprint’ yang agak tinggi dan sisa yang biasanya dihasilkan daripada acara besar sebegini akan mempunyai impak kepada alam sekitar.  Oleh itu, Sarawak telah mengambil langkah proaktif agar RWMF sentiasa dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan memastikan aspek kemampanan dan mesra alam menjadi keutamaan dalam pelaksanaannya,” ujar beliau.

Satu lagi acara penting bagi Sarawak di ITB Berlin ialah pelancaran video destinasi baharunya, “Sarawak…Now More Than Ever” serta persembahan video mengenai produk pengembaraan Sarawak seperti aktiviti berbasikal, trekking dan aktiviti gua di Sarawak dan video promosi RWMF 2023.

Sebagai negeri terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk yang rendah iaitu seramai 2.9 juta, Sarawak amat berbangga dengan warisan semula jadi hutan hujan asli, flora dan fauna endemik, serta kepelbagaian penduduknya. Terletak di Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, Sarawak mempunyai kaleidoskop budaya yang unik termasuk 31 kumpulan etnik, dengan pelbagai ekosistem yang dapat menarik minat pengembara.

Kini pelancong di seluruh dunia semakin prihatin tentang aspek kebertanggungjawaban dalam pelancongan. Oleh itu, Sarawak telah beberapa tahun mengambil langkah ke arah falsafah ini bagi mengetengahkan Pelancongan Bertanggungjawab (Responsible Tourism). Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, STB telah berusaha mendukung konsep kebertanggungjawaban individu, kebertanggungjawaban bisnes serta kebertanggungjawaban kerajaan ke arah mencapai impak ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif terhadap pelancongan.

Malah pihak-pihak yang terlibat dalam ekosistem pelancongan Sarawak turut mengambil serius aspek pemeliharaan alam sekitar. Di antara langkah yang telah diambil termasuk menggabungkan elemen pengurusan sisa mampan, pemuliharaan tenaga dan pendidikan tentang alam sekitar ke dalam pakej lawatan mereka bagi memastikan pelancong turut menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan destinasi pelancongan Sarawak untuk generasi akan datang.

Mereka turut mempraktikkan amalan mesra alam dalam produk pelancongan mereka. Ini termasuk aktiviti berbasikal di kawasan luar bandar atau aktiviti memerhati burung di hutan hujan tropika yang subur di Sarawak. Turut disediakan, fasiliti homestay, makanan tempatan, kraftangan dan seni tempatan dalam usaha mengekalkan cara hidup tempatan. Pelancongan berasaskan komuniti seperti ini boleh dinikmati di kawasan seperti Nanga Sumpa di Batang Ai di mana pengembara boleh mendalami gaya hidup pelbagai suku kaum di Sarawak. Usaha ini boleh menjana ekonomi bagi penduduk tempatan, terutamanya mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Turut menjadi tumpuan adalah Pusat Rehabilitasi Orang Utan yang terkenal di Sarawak,

Pusat Hidupan Liar Semenggoh, 20km dari Bandaraya Kuching, merupakan pusat rehabilitasi terbesar di Sarawak. Pusat itu berfungsi sebagai habitat orang utan dan juga tempat untuk pengunjung mempelajatri tentang spesis yang terancam ini.

Usaha STB di ITB Berlin juga mendapat sokongan rakan strategik utamanya – Authentic

Borneo Tours, Borneo Adventure, Business Events Sarawak (Sarawak Convention

Bureau), CPH Travel Agencies (Sarawak), Greatown Travel, Happy Trails Borneo

Tours, Hemisphere Hospitality, Paradesa Borneo, Smart Leisure & Travels dan Tropical

Adventure yang turut bekerjasama untuk meningkatkan visibiliti Sarawak di peringkat

global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak, layari https://www.sarawaktourism.com/.

  • Sasaran 52 potensi bisnes baharu untuk direalisasi pada tahun 2023.
  • Jangkaan anggaran jualan pada RM10.5 juta untuk 2023 dan seterusnya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *