Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PROTOM BANTU MENYEMARAKKAN LAGI INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

2 min read

KUALA LUMPUR : Bagi merancak ekonomi madani dan menyemarakkan lagi sector pelancongan negara, Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) memperkenalkan satu produk pelancongan pertama di dunia yang dimanakan PROTOM (Property Tourism of Malaysia / Pelancongan Hartanah Malaysia).


Menurut Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor , PROTOM selari dengan aspirasi industri pelancongan negara dan bakal memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggui.

” Antara segmen pasaran PROTOM adalah bagi sektor Pelancong Domestik yang menrangkumi penjualan rumah dan tanah untuk orang dalam Malaysia. Selain itu untuk segmen pasaran Inbound pula melibatkan pembelian hartanah oleh warga dari luar negara menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H) dan untuk pasaran Outbound pula ia melibatkan Warga Malaysia yang membeli rumah di mana sahaja mengikut syarat negara tersebut,” kata Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor.

Tambahnya lagi sempena pelancaran PROTOM ini pihaknya juga memberi peluang kepada semua agensi pelancongan yang berminat menyertai program tersebut untuk mendaftar bersama MiTDA.

“MITDA akan membantu mereka serta membimbing mengikut peraturan terma dan syarat yang mematuhi undang-undang negara khususnya dalam proses jual beli hartanah kerana hanya agensi yang mempunyai lessen sahaja boleh melakukan transaksi ini, ” jelas Kapten Mahadzir.

Pada masa akan datang pihak MITDA akan bekerja sama dengan MOTAC bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar sekali gus menjayakan lagi program MM2H yang diuruskan oleh pihak MOTAC.

Di samping itu Santai Travel akan memain peranan menyenaraikan semua perkara yang melibatkan hartanah serta penjualan, sewa rumah dll untuk rakyat manafaat dari PROTOM ini.

MITDA juga mempelawa pengusaha travel agent tempatan untuk mendaftar dengan MiTDA untuk program GEMs yang membolehkan mereka membuat tempahan bilik hotel di seluruh dunia pada harga yang cukup istimewa.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *