Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SEKTOR ADVENTURE TOURISM DIPERKASA MENJELANG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

2 min read

PUTRAJAYA, 31 OKTOBER 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Standard Malaysia (JSM) dalam meneruskan usaha untuk memperkasakan segmen pelancongan kembara (adventure tourism) dengan penganjuran PROGRAM ESCAPE AWARENESS TRAINING BAGI MS ISO 21101:2014 – ADVENTURE TOURISM SAFETY MANAGEMENT SYSTEMS
(ATSMS) di MOTAC, Putrajaya.
YAB Perdana Menteri semasa ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 pada 11 September 2023 telah menyarankan agar pemulihan industri pelancongan negara disegerakan dengan menambah baik rangka kerja kawal selia, menggalakkan pendigitalan dan mempromosikan pelancongan mampan yang berasaskan alam semula jadi.
Sehubungan itu, pelancongan kembara atau adventure tourism telah dikenalpasti sebagai salah satu segmen pelancongan global yang semakin penting dan mempunyai potensi yang besar untuk dipromosikan. Bagi memastikan segmen ini terus kukuh dan berdaya saing, maka aspek keselamatan harus dititikberatkan dalam pengendalian aktiviti pelancongan kembara melalui pematuhan standard terkini dan tenaga kerja yang profesional dan kompeten.
Oleh yang demikian, ATSMS merupakan pensijilan kepada lebih 3,000 pengusaha industri pelancongan yang berdaftar dan berlesen dengan MOTAC dalam menyediakan dan menyampaikan perkhidmatan pelancongan kembara yang berkualiti dan selamat. Ini sudah pastinya dapat memberi keyakinan kepada para pelancong bahawa Malaysia merupakan sebuah destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi.
Usaha ini juga adalah selaras dengan pengumuman kempen Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing yang bakal menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM97.6 bilion dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Buat julung pertama kalinya, MOTAC dan JSM telah mengadakan PROGRAM ESCAPE AWARENESS TRAINING BAGI MS ISO 21101:2014 – ADVENTURE TOURISM SAFETY MANAGEMENT SYSTEMS (ATSMS) di Putrajaya. Program ini telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada Sektor Kembara Pelancongan dengan kehadiran seramai 112 orang peserta.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *