Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Pakej Inap Dusun Golf Hulu Selangor

1 min read

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan satu program pada 25 hingga 26 November 2021 yang lalu. Program dua hari satu malam ini adalah untuk mempromosikan daerah Hulu Selangor sebagai destinasi golf pilihan dan dalam rangka mempromosikannya sebagai destinasi buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan banyak lagi.

Pada hari pertama, telah berlangsung aktiviti perlawanan persahabatan golf bersama. Usai aktiviti tersebut , para peserta dibawa untuk melawat kawasan sekitar Bukit Beruntung Golf & Country Resort. Selain golf, Bukit Beruntung Golf & Country Club amat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian keluarga yang ingin lari dari kesibukan kotaraya.

Aktiviti pada hari kedua adalah lawatan media dan selebriti di sekitar kawasan inap dusun Carpe Diem dan Seri Damai Resort di Kalumpang.

Tujuan menjemput media dan selebriti adalah bagi mereka merasai sendiri pengalaman Inap Dusun Golf Package dan sekaligus dapat mempromosikan pakej terbaru Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Program ini juga turut disertai junior golfer iaitu Adik Mikail , Adik Adam dan Faris.

Antara media dan selebriti yang turut serta dalam program ini ialah:

Shuib Sepahtu
Mimie Haris
Adda Baharuddin
Santai Travel Channel
Cuti-Cuti Malaysia
Raja Cuti MY
GR Travel & Tours

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *