Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Mencari 222 Keunikan Tersembunyi Temerloh #Unlimited Pahang

1 min read

Temerloh yang merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai banyak tarikan pelancongan daripada apa yang disangkakan. Bukan sahaja terkenal dengan Ikan Patin Tempoyaknya, malah Temerloh mempunyai lebih dari itu.

Bagi meneroka lebih banyak lagi produk-produk pelancongan berpotensi di Temerloh, Pahang, Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia & Tourism Pahang menganjurkan program Program ‘Explore This is Temerloh Unlimited, Media and Bloggers Fam Trip.

Menurut Dato’ Hj Sahariman Hamdan, Presiden Homestay Malaysia, Program tersebut adalah kesinambungan daripada  selaras dengan pelancaran ‘This is Pahang Malaysia Unlimited’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tangku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billal Shah pada 17 Januari 2022 .

” Menerusi program ini kita menjangkakan lebih 222 produk pelancongan dan 2,222 foto produk pelancongan dapat dikumpul untuk tujuan promosi destinasi ini. Kita berharap dengan program ini kita dapat mempromosikan semula produk-produk pelancongan di daerah ini secara lebih baik selepas sektor ini lumpuh akibat pendemik Covid 19 dan bencana banjir besar,” kata Dato’ Hj Sahariman.

Tambahnya lagi hasil daripada program itu nanti pihaknya bercadang untuk mengadakan majlis Pelancaran Explore Temerloh Unlimited – This Is Pahang yang dijangkan akan diadakan pada 22 Feb 2022 (22.2.22)

#temerlohunlimited
#kampungstaydesamurni
#homestaydesamurni
#exploretemerloh2022
#temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *