Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Huawei P50 Pro Yang Estetik

2 min read

Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro. Siapa yang tidak kenal model telefon pintar siri P Huawei. HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, Team Santai Travel antara yang terawal berpeluang untuk mencuba telefon pintarP50. 

Sebaik kotak dibuka. warna Coco Gold nyata menarik perhatian saya. Kelihatan cukup premium. Satu lagi yang saya suka adalah rekaan kamera belakang yang kelihatan seperti kaca mata, lain dari yang lain. Rekabentuk Flexi Curve pula menghasilkan bentuk yang seksi dan mudah dipegang, lebih langsing dan ringan, Malah skrinnya juga lebih besar berbanding model terdahulu dan kapasiti besar yang lebih besar juga. Seharian saya menggunakan telefon pintar ini di Sekinchan, merakamkan gambar serta video tanpa henti, baterinya masih mampu bertahan sehingga malam. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna untuk memaparkan warna yang tepat. Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, saya menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif. 

Jika bercakap tentang telefon pintar Huawei, ia sinonim dengan hasil fotografi yang mantap. Untuk Huawei P50 Pro, Sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain. Optik XD HUAWEI serba baharu menggunakan sistem pengiraan untuk membetulkan kecacatan optik dan menghasilkan setiap butiran secara terperinci manakala XD Fusion Pro meningkatkan perincian, warna dan kadar dinamik. Enjin Imej Kroma Sebenar akan menyampaikan ketepatan warna berprestasi tinggi, menghasilkan imej yang merupakan refleksi imej sebenar. HUAWEI P50 Pro menyokong kadar zum sehingga 200x. Saya telah mencuba untuk merakamkan gambar bulan dan hasilnya agak baik memandangkan saya hanya menggunakan auto mode dan tangan sahaja. 

Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka dari AppGallery, pasaran aplikasi rasmi yang tersedia di dalam telefon pintar HUAWEI. Kini, lebih 90% aplikasi popular Malaysia tersedia di AppGallery, memberikan akses mudah kepada pengguna Malaysia kepada aplikasi popular seperti AirAsia, Boost, Grab, Shopee, Syok, TGV, Zus Coffee dan banyak lagi. 

Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022 dan boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Januari 2022.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *