Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Azadan Rabbani Gigih Mengharungi Detik Sukar

3 min read

Dua tahun tempoh pandemik menjadikan Azadan Rabbani lebih agresif mencari peluang pendapatan dengan norma baru. Kehilangan ‘job show’ sepanjang Covid 19 tidak menghalang anggota Rabbani untuk meneruskan kerja kerja kebajikan dan juga mencari rezeki untuk menampung sara hidup keluarga masing masing.

Seawal PKP kumpulan Rabbani aktif bersama dengan Sahabat Quran Malaysia menyantuni mereka yg dibarisan hadapan dan juga bersama dengan Pusat Latihan Dakwah ADNIN yang beroperasi di Klang Selangor.

Bagi Azadan Abdul Aziz juga selain bersama Rabbani, beliau juga banyak bersama SyriaCare dan juga Naurah Care. Sepanjang PKP ini alhamdulillah mendapat rezeki dalam sektor perkhidmatan makanan membuat tempahan makanan Nasi Arab dan Azadan’s Kitchen. Bekerja di pasaraya Ganda Sg. Buloh, Hos program masakan online “Dapur Panglima” bersama Chef yang jamil.

Bekerjasama dengan Produk GARAM SASA dan TEA DAWUD, menjadi Ikon MATHAF Malaysia Thailand Halal Festival, juga menjadi perunding kepada Kompleks Anjung Husnul Khatimah yang dimiliki oleh Dato Dr Muhamad Hasan Ali, akan menganjurkan projek bersama Naurah Care iaitu program WORKSHOP HUSNUL KHATIMAH ONLINE alhamdulillah projek ini juga akan mendapat kerjasama dengan YADIM Malaysia. Kalau sebelum PKP Azadan sempat bekerjasama dengan Syarikat Amazing Umrah dalam sektor Umrah Ziarah, oleh kerana disebabkan PKP dalam tempoh yang lama, semuanya berubah dan terpaksa meninggalkan semua aktiviti pelancongan dan umrah.

Persembahan juga sangat terjejas ketika awal PKP. Walaubagaimana pun sempat beberapa persembahan secara maya diadakan di dalam dan luar nagara . Kumpulan Rabbani juga sempat merakamkan 5 Klip video untuk peminat Rabbani melalui lagu Rindu Baitullah bersama Sahabat Quran Malaysia, Lagu Ittihad, Lagu Marhaban Ya Rasulullah, Lagu Santun dan juga Lagu Mencintaimu kerjasama dengan Pondok pengajian AlBari di Hulu Langat.

Terbaru Rabbani sedang merakamkan single lagu dari Hafiz Hamidun dan lirik dari Fitri Yahya. Ini merupakan julungkalinya digabungkan dengan dua rakan selebriti ini inshallah akan menjadi satu halwa telinga yang enak didengar dan sangat menyentuh hati persembahan didalam lagu terbaru Rabbani. Nantikan Mac ini inshallah akan berada dipasaran sempena Ulang tahun Rabbani yang ke 25 tahun.

Membuka tirai 2022 baru baru ini juga Azadan Abdul Aziz yang aktif dengan kerja kerja kemanusiaan dan usahawan, terbaru Azadan telah dilamar oleh sebuah syarikat pelancongan iaitu AET TRAVEL&TOUR MALAYSIA SDN. BHD. yang beroperasi di Bangi Avenue dan syarikat ini telah lama menjalin hubungan diplomatik dengan negara jiran kita iaitu di Indonesia dengan atas nama AET TRAVEL INDONESIA juga dalam perhidmatan pakej percutian dan pelancongan termasuk Umrah dan juga Ziarah.

Azadan melalui AET Travel Malaysia mensasarkan aktiviti dalam dan luar negara seperti menganjurkan Pakej PELAYARAN MAHABBAH, Pakej PERCUTIAN ROYAL BELUM PERAK, Pakej MELANCONG KE TURKI dan Pakej Umrah Ziarah. Orang ramai dan peminat boleh melayari FB dan ig Aet Travel Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi terus wasap di talian 01132621042/0192700411. Inshallah dengan pengalaman dengan pelbagai sektor dan kenalan ramai, diharap dapat membawa lebih ramai peminat dan orang ramai mengikuti pakej dari AET TRAVEL MALAYSIA.

Akhirnya dalam suasana norma baru ini, sama sama kita terus maju kehadapan berfikiran posetif, bersyukur dengan apa yang ada, mengambil ruang dan peluang untuk terus memajukan diri dan ummah dan menjadikan ujian pandemik ini sebagai salah satu cara dan peluang untuk mendekatkan diri kita sesama kita dan hubungan kita dengan Allah swt…

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *