Thu. Apr 18th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MiTDA Rayu Bajet 2023 Beri Keutamaan Kepada Penggiat Pelancongan

1 min read

KUALA LUMPUR : Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia(MiTDA) mengucapkan ribuan terima kepada YM Tengku Zafrul bin Tengku Aziz kerana telah mebentangkan bajet yang keseluruhan baik untuk rakyat. Walaupun pun Kerajaan telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200 juta bagi memulihkan industri pelancongan untuk galakan,promosi, namun jumlah itu masih belum cukup memadai bagi menampung program-program promosi pasca pendemik. Jika dibandingkan dengan jumlah sasaran pendapatan pelancongan sebanyak RM47.6 bilion pada tahun hadapan, jumlah bajet untuk tujuan promosi ini terlalu sedikit. Begitu juga dengan Geran Padanan Galakan Melancong (GAMELAN) sebanyak RM90 juta dalam bentuk geran sepadan untuk tujuan promosi dan pemasaran, jumlah ini perlu dikaji semula bagi memastikan usaha-usaha promosi ini tidak terhenti setengah jalan akibat jumlah yang tidak mencukupi.
Menurut Dato’ Noorzaleha Baharuddin, President MiTDA, apa yang pasti bajet kali ini tidak mengambil kira fakta tambah nilai dengan keadaan semasa yang bergitu mencabar sekali kepada dunia pelancong. “Kerajaan sepatutnya mesti mengimbangi memperuntukan bagi menggalak pemain industri pelancongan dengan keadaan semasa. Peruntukkan yang sedikit ini kepada pelancong juga tidak ambil kira dari segi inflasi yang sedang melanda dunia. Macam mana penggalak pelancong hendak menambah tambah nilai kepada industri ini yang mana peruntukkannya terlalu sedikit,” katanya.

Untuk itu bagi memulihkan industri pelancong, Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah Bank Pelancongan untuk memperkasakan industri ini seperti mana Bank Pertanian yang ditubuhkan untuk sektor pertanian.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *