Thu. Apr 18th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

10 GEO-TAPAK UNIK DI GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK, SELANGOR

6 min read

Ia bertujuan bagi memelihara warisan geologi dan menggalakkan kesedaran awam melalui pelancongan. Bukan senang ya, untuk mendapat pengesahan sebagai tapak “PRO-GEOPARK”. Seharusnya, tapak yang dipilih perlu mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, geologi, sejarah dan budaya, serta memastikan bahawa hubungan antara unsur- unsur tersebut sentiasa dipelihara melalui pengurusan dan penyelengaraan yang sangat mampan dan menyeluruh. Amat membanggakan jika difikirkan betapa sengitnya jika dibandingkan dengan negara- negara luar dan kriteria yang diperlukan untuk layak menjadi salah satu warisan di bawah UNESCO.
Jangan lupa untuk menyelitkan 10 Geo-Tapak Unik yang disenaraikan ini dalam percutian anda akan datang.

  1. Bekas Lombong Arang Batu, Batu Arang
    Bekas lombong arang batu ini merupakan sebuah tasik tinggal yang berpotensi GEOTAPAK kerana ia pernah menyimpan longgokan batu arang terbesar di Semenanjung Malaysia dan bekas lombong dedah yang 2 besar di Semenanjung Malaysia.
    Buat masa ini, kawasan bekas lombong masih terbiar manakala kawasan sekitarnya yang terdiri daripada perumahan komuniti setempat turut dijadikan sebagai kawasan dusun atau kebun kecil.
    Kawasan bekas lombong ini juga menyimpan singkapan batuan Formasi Belata yang merupakan dasar lembangan dan batuan syal yang merupakan bahagian daripada endapan lembangan membentuk Lapisan Batu Arang. GEOTAPAK ini adalah penting dari aspek antropogenik dan episod lembangan Batu Arang.
  2. Tasik Biru Seri Kundang

Tasik Biru di kawasan Seri Kundang merupakan bekas lombong bijih timah yang telah diisi oleh air berada dikawasan Rawang.
Meskipun tasik ini hanya mempunyai kepentingan di daerah Rawang Gombak, namun ianya merupakan kawasan lombong dedah yang juga aktif sebagai pusat rekreasi dan penempatan.
Kawasan Tasik Biru senang dicari dan mempunyai beberapa jalan masuk menerusi laluan alternatif, termasuk kawasan taman permainanyang berdekatan.
Sebagai bekas kawasan lombong bijih, Tasik Biru merupakan kawasan sentuhan antara batuan igneus dengan batuan latar yang menghasilkan mineral timah semasa episod tektonik di sekitar kawasan ini. Di bahagian tebing, khususnya berdekatan dengan taman permainan dan deretan kedai boleh diperhatikan kewujudan longgokan endapan sedien kuarterner yang terdiri daripada pasir dan pebble yang berbentuk bulat dalampelbagai bentuk.

  1. Fosil Holosen, Batu Caves
    Batu Caves merupakan perbukitan batu kapur yang merupakan peninggalan permukaan batu kapur dari Kuala Lumpur.
    Batu kapur ini dibentuk pada peringkat akhir episod pengendapan laut cetek semasa zaman Siluran Bawah. Pembentukan gua disekitar perbukitan ini berlaku sepanjang episod pengisian Lembangan zaman Paleocene hingga Holosen yang melibatkan perubahan paras air tanah dan perlarutan batu kapur yang membentuk gua. Kehadiran gua batu kapur ini mengalakkan ruang habitat bagi habitat sepanjang zaman ais yang turut mempengaruh instruktur semulajadi, kawasan ini. Antara fosil holosen yang dijumpai disekitar kawasan ini termasuk orang utan dan harimau serta lebih daripada 60 jenis kehidupan yang lain daripada 20 buah gua sekitar bukit ini.
    Sebagai sebuah geotapak bukit ini penting sebagai kaw asan yang mencatatkan pelbagaian fosil dan hidupan disekitar lembangan ini pada zaman Holosen.

4 .Air Terjun Sungai Kanching
Geotapak ini terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Kanching di antara HS Kanching dan HS Lagong. Merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit Hutan campuran ini kaya dengan pelbagai jenis spesies flora dan faunayang unik. Terdapat trek yang dibina untuk diterokai dan ianya mudah sahaja untuk dilalui . Setibanya di sana, kamu pasti terlihat keriuhan dari aktiviti pengunjung yang banyak datang beriadah di sini oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan.Ini menjadikannya tapak yang sangat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam. Sebagai potensi Geotapak, air terjun ini terbentuk di sepanjang kekar Timur Laut-Barat Daya. Akibat dari proses penghakisan, danpenyesaran, asasnya lebih intensif berbanding tempat lain kerana ianyaterletak pada arah yang sama atau selari , yang secara tidak langsung melahirkan 7 buah tingkat air terjun yang menjadi tarikan kawasan ini.
Arah penyesaran ini dikaitkan ke pusat bandar atau laluan utama melalui Sesar Kuala Lumpur-Endau.

  1. Batu Kapur Kuala Lumpur Bukit Takun
    Batu kapur di sekitar Bukit Anak Takundan Bukit Takun merupakan sebahagian daripada batuan formasi Kuala Lumpur yang masih ada di bahagian permukaan selain daripada Batu Caves. Sebagai potensi geotapak kawasan ini merupakan endapan sedimen terakhir daripada proses pengendapan pada pelantar laut cetek sebelum berlaku perubahan akibat penutupan lautan.
    Disamping itu batuan ini kaya dengan pelbagai fosil batu kapur khususnya dibahagian horizon atau bawah jujukan yang diantaranya merupakankoral jenis Ketaphyllumaff. Turbinatum, Heliolitessp dan Halysitessp. Berdasarkan penemuan fosil brachiopod yang ditemui ini, usia batu kapur Kuala Lumpur dipercayai dari zaman Silur Tengah-Akhir(Ludlow). Fosil bentonit yang ditemui ini mencadangkan ianya dibentuk kerana ia telah terendap di sekitar laut cetek yang berhubung atau bersambung dengan lautan luas di Zaman Silur .Spesies fosil yang serupa juga dilaporkan ditemui di Eropah, dan juga di Burma.

6.Mata Air Panas Selayang
Mata air panas Selayang merupakan mata air panas semulajadi , yang wujud akibat daripada pengaliran air ke permukaan setelah melalui tahap pemanasan di sepanjang sesar intensif pada arah 120 darjah.
Sesar intensif ini dikaitkan dengan kehadiran sesar utama yang terbentuk akibat proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan Jura-kapur. Kepentingan sebagai Geotapak berkait rapat dengan sesar intensif yangdikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur-Endau.
Mata air panas ini mempunyai suhu sekitar 46 darjah Celcius dan telah menjadi pusat rekreasi bagi komuniti setempat.
Tedapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan dikawasan ini .yang menjurus kepada pengunaan mata air panas bagi masa yang singkat.

  1. Air Panas Sungai Lalang
    Mata air panas Sungai Lalang merupakan mata air panas semulajadi yang terhasil daripada pemanasan air permukaan sepanjang retakan yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan zaman Jura-Kapur.
    Retakan utama adalah pada arah Barat Laut-Tenggara sebagai sebahagian daripada zon sesar Kuala Lumpur yang juga dipotong oleh siri retakan pada arah menegak pada arah timurlaut-barat daya.
    Terdapat 2 punca mara air panas utama ditemui di tempat ini dengan rekod suhu tertinggi pada 51 darjah celcius.
    Buat masa ini, lokasi mata air panas yang dibuka kepada pihak awam tersedia dengan kemudahan asas bilik air, tandas dan tempat rehat yang diselenggarakan oleh pemilik persendirian.
  2. Air Terjun Sungai Tekala
    Geotapak ini terletak di dalamkawasan Hutan Lipur Sungai Tekala, di dalam Hutan Simpanan Sungai Lalang. Jenis hutan ini adalah hutan Dipterokarpa, tanah rendah. Air terjun Sungai Tekala dibentuk oleh siri linea menia itu berupa sesar pada arah Baratlaut- Tenggara. Atau dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur yang menyebabkan jatuhan secara seragam. Sesar yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukanl embangan semasa Jura-Kapur menghasilkan sejumlah 4 tingkat air terjun.
    Airterjunini mudahuntuk diakses dandisediakanjugakemudahan pelancongyang datangdengan beramai ramai untuk perkelahanoleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
    Integrasi batuan dan kepelbagaian biologi yang terdapatdikawasan ini amat sesuabagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam.
  3. Puncak Granit Gunung Nuang
    Geotapak ini terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang yang termasuk di dalam Hutan Simpan Hulu Langat. Jenis hutan ialah hutan campuran Dipterokarpa bukit. Gunung ini dibentuk oleh batuan mikrogranit yang merupakan rejahan susulan semasa episod rekahan granit pada zaman Trias Akhir. Sesuai dengan nama, jumpaan pertama mikrogranitini di Genting Sempah namun kawasan Gunung Nuang merakamkan singkapan mikrogranit yang terawet dengan baik sepanjang sungai khususnya kawasan berdekatan puncak gunung.
    Akses ke kawasan geotapak ini adalah mudah dengan menggunakan laluan atau denai hutan berserta dengan kemudahan pelancongan pada tahap asas yang lebih sesuai unutk pendaki. Kehadiran batuan dan hubung kait dengan biologi dikawasan ini amat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam.
  4. Permatang Kuarza Gombak Selangor
    Permatang kuarza yang ditemui dikawasan ini merupakan permatang yang terbentuk sepanjang sesar utama, dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur- Endau.Sejarah pembentukan permatang ini adalah selaras dengan episod permatang yang. terhasil oleh perlarutan hidroterma dan pengisian sesar pada Kapur Akhir (82 jutatahunlalu).
    Permatang ini pada asalnya merupakan korok yang terhasil di dalam bumi namun terdedah ke permukaan pada episod pengisian lembangan pada zaman Paleocene- Holosen melalui lulu hawa yang intensif. Sifat mineral kuarza yang keras berbanding batuan granit yang bertukar menjadi tanah menonjolkan bentuk permatang.
    Geotapak permatang kuarza Gombak bukan sahaja dibuktikan sebagai pengisian korok sepanjang sesar utama, namun juga bertujuan untuk kepentingan ekologi tinggi. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga mencatat rekod permatang kuarza terpanjang di Malaysia dan di perantauan pada jarak 14km.
    Berada di kawasan perbandaran menjadikan tapak ini sebagai kawasan rekreasi utama komuniti meski tidak mempunyai laluan yang diktiraf.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *