Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Philip Handheld Steamer Mudahkan Hari Anda!

2 min read

Sebagai seorang yang selalu mengembara, istilah ‘travelling light ’ atau mengembara dengan membawa bagasi yang sangat minimum, menyebabkan saya sering membawa pakaian yang tidak mudah kedut atau seterika pakaian sebaik sahaja sampai di bilik hotel. Namun cuba fikirkan, kalau menginap di hotel bajet atau rumah tumpangan yang tidak mempunyai kemudahan seterika atau terpaksa berkongsi seterika untuk setiap aras hotel, bagaimana anda seterika pakaian anda?

Terima kasih kepada Philips kerana memperkenalkan Philips Handheld Steamer 1000 Series. Ketika membuka kotak yang membalut Philips Handheld Steamer ini, jangan tertipu dengan sazinya kerana ia sebenarnya agak berkuasa. Ia sedia digunakan dalam masa 35 saat sahaja! 

Saya berpeluang mencuba Philips Handheld Steamer 1000 Series ini ketika bercuti bersama keluarga di Legoland Hotel baru-baru ini. Mempunyai seorang isteri yang cukup cerewet mengenai pemakaian dan penampilan kendiri, dengan adanya Philips Handheld Steamer 1000 Series ini betul-betul memudahkan kerja seorang isteri. Pakaian anak-anak serta kain tudung dapat digosok dengan mudah. Ia dipanaskan dengan cepat jadi hampir tiada masa menunggu dan wap berterusan yang terhasil berjaya menghilangkan kedutan dengan kelajuan yang mengagumkan. Selesai menggunakannya, penyelenggaraan minimal diperlukan, jadi cukup memudahkan. Apa yang nyata, kita tidak akan menggantikan ia dengan seterika biasa namun Philips Handheld Steamer 1000 series ini cukup berguna untuk dijadikan teman ketika bercuti atau mengembara malah ia sesuai untuk semua jenis fabrik terutama fabrik halus. 

Kelebihan: 

  • Ringan dan kompak dengan berat 520 gram, menjadikan ia mudah dipegang atau disimpan dalam beg.
  • Wapkan pakaian bila-bila masa di mana sahaja tanpa memerlukan papan seterika.
  • Philips Handheld Steamer hanya mengambil masa 35 saat untuk dipanaskan 
  • Selamat dan sesuai untuk digunakan pada semua jenis fabrik.
  • Tangki air dengan kapasiti 85ml mudah ditanggalkan untuk tujuan pengisian air dari paip. 
  • Dapat membunuh 99.9% bakteria serta menghilangkan bau yang tidak diingini. 
  • Sehingga 18 g/min wap berterusan melonggarkan fabrik

gentian supaya lipatan boleh dilicinkan secara praktikal.

  • Dua tahun jaminan pengedar.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *