December 5, 2022

Santai Travel Channel

Bajet 2023: MyBHA Mohon Satu Bajet Khas Untuk Industri Perhotelan

2 min read


KUALA LUMPUR : Malaysia Budget Hotel & Business Association (MyBHA) dalam satu kenyataan media mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dalam mengakui Sektor Pelancongan telah terjejas teruk akibat Pandemik Covid-19 dan masih belum menggambarkan pencapaian sebelum COVID-19 serta telah memperkenalkan beberapa inisiatif utama dalam pengumuman Bajet bagi Tahun
2023 pada 07 Oktober 2022.

Menurut Dr Sri Ganesh Michiel, Presiden MyBHA, pihaknya sering kali mengariskan perkara-perkara yang seharusnya dititikberatkan oleh Kerajaan
Malaysia dalam penyediaan bajet bagi tahun 2023 dan berharap agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan dalam membantu Industri Perhotelan untuk bertahan dan pulih secara berperingkat pada tahun-tahun hadapan.
“Kami berpendapat bahawa bajet tahun 2023 tidak dapat memberi kesan jangka
panjang yang positif terhadap usaha pemulihan Industri Perhotelan.
Tahun 2023, Kerajaan telah menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih daripada 15 juta pelancong dengan nilai pendapatan 47.6 bilion ringgit”, katanya.

Walaubagaimanapun, dalam mengembalikan keupayaan Industri Perhotelan, Kerajaan Malaysia seharusnya berupaya untuk memperkenalkan suatu bajet yang lebih berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman
Industri serta mendapatkan kembali cukai-cukai yang telah hilang atau ketirisan hasil akibat kegagalan dalam mengambil tindakkan awal terhadap ancaman-ancaman Industri Perhotelan akibat ketiadaan undang-undang khusus untuk mengawal selia :
a. Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek / Short-Term Residential Accommodation (STRA).
b. semua jenis Agensi Pelancongan Atas Talian (Online Travel Agencies / OTA’s).


“Kami juga kecewa apabila tiada perubahan terhadap usaha untuk menaikkan Nilai Ambang Tahunan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi Industri Perhotelan daripada RM 500,000.00 kepada RM 1,500,000.00 yang mana Hotel Bajet adalah suatu industri yang digunakan oleh Golongan B40 serta telah tidak memperkenalkan suatu Insentif Cukai Khas untuk Pelancong Domestik yang bertujuan untuk menggerakkan atau menggalakkan rakyat melancong dalam Negara dalam meransang kembali Industri Pelancongan dan Perhotelan. Ianya tidak akan memberi kesan yang maksimum bagi pemulihan Industri apabila ketibaan pelancong asing masih rendah
dan rakyat Malaysia yang memilih untuk melancong ke luar Negara, “katanya.


Secara amnya Bajet 2023 boleh dirangka dengan lebih baik bagi kelestarian Industri Perhotelan dalam merealisasikan pemulihan Industri serta memperkenalkan inisiatif-inisiatif dalam menyelesaikan
kesemua ancaman-ancaman Industri Perhotelan disamping bersifat lebih prihatin kepada Industri Perhotelan dan Pelancongan yang telah terjejas sebelum penularan Wabak Covid-19 di Malaysia serta keadaan ekonomi dunia dan ianya akan mengambil masa yang lama untuk kembali kukuh akibat daripada pelbagai faktor ekonomi yang secara langsung memberi kesan kepada pelancong domestik mahupun asing dan pengusaha-pengusaha Industri Perhotelan.
“Kami juga ingin memohon Kerajaan Malaysia untuk melanjutkan Penguatkuasaan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 [Akta 829] bagi memberi perlindungan khas kepada pengusaha-pengusaha Industri Perhotelan dan
Pelancongan tersebut daripada Institusi-institusi Perbankan atau kewangan, pemilik hartanah dan juga membolehkan mereka menangguhkan pelaksanaan kontrak sepertimana yang tersebut dalam “Jadual Seksyen 7 – Senarai Kategori Kontrak” Akta 829 tersebut, “tambahnya.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.