Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Langkawi Cultural & International Brompton Festival Menyemarakkan Pelancongan Negara

1 min read

LANGKAWI  : Buat julung kalinya Langkawi Cultural & Langkawi International Brompton Festival akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi sekali gus  menjana pembangunan ekonomi. Program yang berlangsung pada 15-16 Disember 2023  di Aloft Hotel Pantai Tengah Langkawi itu juga telah menarik penyertaan dari dalam dan luar negara khususnya bagi menghayati kebudayaan dan acara di pulau legenda ini.

Menurut Puan Marina Hussein, Pengarah LTA Event Management, penganjuran program ini tepat pada masanya memandangkan sektor pelancongan kini semakin berkembang pesat dengan ketibaan pelancong dalam dan luar negara.

“Tujuan utama penganjuran acara ini adalah untuk membawa kelab-kelab basikal lipat Brompton seluruh dunia untuk merasai suasana festivel sebelum ini dengan keindahan alam semulajadi di Pulau Langkawi. Sebelum ini festival tersebut  yang dianjurkan di negara lain diadakan di bandar-bandar besar dan hutan batu sahaja. Ada 5 negara yang telah mengesahkan penyertaan  yang terdiri dari kelab-kelab Brompton seluruh dunia dan  peserta teramai adalah dari Lahore Pakistan iaitu seramai 23 pengayuh,” kata Marina Hussein.

Tambahnya lagi, selain berpeluang menghayati keindahan Pulau Langkawi serta kepelbagaian budayanya, peserta juga disajikan dengan water station yang menghidangkan air kelapa pandan sambal melawat ke kebun kelapa pandan.

Langkawi International Brompton Festival 2023 terhad kepada 200 pengayuh dari kelab Brompton seluruh dunia dengan jarak sejauh 30 km.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *