Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Industri Pelancongan Islam Pikat Pelancong Ke Homestay

2 min read

KUALA LUMPUR : Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 yang berlangsung selama 3 hari bermula 16 Disember 2023 menjadi platform terbaik dalam memikat lebih ramai lagi pelancong ke negara ini menjelang Tahun Melawat Homestay 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut Dato’ Hj Sahariman Hamdan, Pengerusi Persatuan Homestay Malaysia seramai  212 pengusaha inap desa terlibat dalam ‘Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023’. Selain Malaysia, 15 negara turut terlibat termasuklah Indonesia, Pakistan dan India.

“ Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023′ berlangsung selama empat hari sehingga 19 Disember 2023 di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, manakala di Temerloh, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam dan Inap Desa, Desa Murni,” kata Sahariman.

Sementara itu  YB Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata festival ini merupakan titik permulaan serta salah satu usaha berkonsepkan pelancongan dan hospitaliti mesra rakyat.

“Ianya satu program yang memberikan kesedaran terhadap pelancong-pelancong di luar sana berkenaan keindahan seni dan budaya masyarakat kita. Ianya dipelopori oleh ITC (Islamic Tourism Centre) dan kita dapat lihat banyak perkembangan yang amat positif dalam kalangan pengiat industri, bukan setakat negara kita, tapi di luar sana juga’, katanya.

Bagi merealisasi konsep berkenaan juga, Pakej Platinum: Pakej Pelancongan Mesra Muslim turut dilancarkan. Pakej tersebut dijangka menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Malaysia khususnya dari Asia Barat dan China yang mempunyai demografi penduduk Islam yang besar. Program yang dicetuskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini turut mendapat kerjasama Islamic Tourism Centre yang turut akan memperkenalkan pakej Ramadan dan Hari Raya 2024-2025 yang dijangka dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 dan melancarkan Pakej Platinum: Pakej Pelancongan Mesra Muslim di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal, Datuk Seri Zakaria Sulong; Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Nizran Noordin dan Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *